Amalan toleransi beragama di Malaysia menurut Maqasid Syariah

Kajian ini bertujuan menganalisis amalan toleransi beragama di Malaysia dengan

memfokuskan kepada pendapat ulama fiqh silam dan sarjana kontemporari berkaitan

amalan toleransi beragama serta kedudukannya dalam keran...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2023

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10020 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan menganalisis amalan toleransi beragama di Malaysia dengan

memfokuskan kepada pendapat ulama fiqh silam dan sarjana kontemporari berkaitan

amalan toleransi beragama serta kedudukannya dalam kerangka maqa>s}id syari>ah.

Objektif kajian ini ialah menganalisis amalan toleransi beragama yang diamalkan di

Malaysia yang menepati roh maqa>s}id syari>ah khususnya berkaitan dengan peruntukan

di dalam Perlembagaan Persekutuan, undang-undang serta dasar-dasar negara yang

dilaksanakan di Malaysia. Selain itu, objektif kajian ini juga adalah menganalisis kesan

positif dan negatif amalan toleransi beragama yang telah dilaksanakan di Malaysia

melalui penelitian terhadap amalan masyarakat, undang-undang serta dasar-dasar

negara. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui kaedah analisis

kandungan terhadap pendapat fuqaha dalam kitab-kitab fiqh tura>th serta pandangan

sarjana kontemporari dan peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan

Persekutuan, akta/enakmen serta buku-buku yang berkaitan. Selain itu, kaedah temu

bual juga dijalankan bagi mendapatkan pandangan dari pihak-pihak yang terlibat

dengan pelaksanaan dasar-dasar negara yang dilaksanakan bagi memenuhi maqa>s}id

syari>ah. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa peruntukan dalam

Perlembagaan Persekutuan yang membuka ruang kepada amalan tolerasi beragama

yang menepati roh maqa>s}id syari>ah. Begitu juga, terdapat dasar-dasar negara yang

membabitkan politik, pentadbiran serta kebebasan beragama dalam batasan tertentu

yang dilaksanakan di Malaysia adalah selaras dengan prinsip maqa>s}id syari>ah.

Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan bahawa Malaysia berjaya menjadikan amalan

toleransi beragama sebagai medium penyatuan dalam kalangan rakyatnya. Namun

begitu, pelaksanaan toleransi tanpa batasan seperti penyerapan idea-idea liberal seperti

pluralisme menunjukkan amalan tolerasi beragama ini perlu dikawal agar tidak

melangkaui batasan kerangka maqa>s}id syari>ah. Implikasi kajian menunjukkan

bahawa masyarakat dan kerajaan perlu mengambil pendekatan yang bijaksana bagi

merealisasikan perpaduan antara kaum melalui amalan toleransi agama yang

menepati kerangka maqa>s}id syari>ah dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan damai.