Pendekatan didik hibur dalam pengajaran simpulan bahasa sekolah rendah

Kajian ini bertujuan menganalisis pendekatan didik hibur dalam pengajaran simpulan

bahasa sekolah rendah. Objektif kajian terdiri daripada pertama mengenal pasti

pendekatan didik hibur yang digunakan guru dalam peng...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Norhafidah Hanapiah
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2023
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10033
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:
Kajian ini bertujuan menganalisis pendekatan didik hibur dalam pengajaran simpulan

bahasa sekolah rendah. Objektif kajian terdiri daripada pertama mengenal pasti

pendekatan didik hibur yang digunakan guru dalam pengajaran simpulan bahasa

terhadap murid sekolah rendah, objektif kedua menghuraikan cabaran yang dihadapi

guru ketika pelaksanaan pendekatan didik hibur dalam pengajaran simpulan bahasa

terhadap murid sekolah rendah dan objektif ketiga menjelaskan kefahaman murid

berkaitan topik simpulan bahasa berdasarkan Teori Relevans. Kajian bentuk kualitatif

ini melibatkan seorang guru mata pelajaran bahasa Melayu dan 12 orang murid tahun

lima disebuah sekolah rendah dalam negeri Selangor sebagai responden kajian. Data

kajian diperoleh melalui kaedah kepustakaan, pemerhatian, temu bual dan analisis

kandungan dokumen. Hasil analisis data kajian mendapati guru menggunakan

pendekatan didik hibur secara nyanyian, lakonan dan puisi untuk menjelaskan bentuk

dan maksud simpulan bahasa. Hasil kajian turut menunjukkan terdapat empat aspek

yang menjadi cabaran pelaksanaan pendekatan didik hibur di bilik darjah iaitu latihan

profesional, masa, bahan bantu mengajar dan murid. Hasil analisis dokumen pula

menunjukkan enam simpulan bahasa dianalisis berdasarkan Teori Relevans kerana

soalan tersebut berlaku pemilihan jawapan yang tidak tepat telah dilakukan oleh murid.

Implikasinya, pendekatan didik hibur yang diaplikasikan guru di bilik darjah

merupakan pendekatan yang sesuai untuk menyampaikan isi pelajaran pelajaran

tentang topik simpulan bahasa yang mengutamakan pengajaran menyeronokkan dan

penglibatan murid secara aktif terhadap aktiviti yang dilaksanakan di bilik darjah.