Penilaian peserta terhadap kualiti fasilitator dan kualiti program perkhemahan amali akhir pendidikan luar Universiti Pendidikan Sultan Idris

Kajian ini adalah bertujuan mendapatkan Penilaian Peserta Terhadap Kualiti Fasilitator

Dan Kualiti Program Perkhemahan Amali Akhir Pendidikan Luar Universiti

Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini menggunakan rekabentu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Abd Rashid Abd Hamid
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2021
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10037
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini adalah bertujuan mendapatkan Penilaian Peserta Terhadap Kualiti Fasilitator

Dan Kualiti Program Perkhemahan Amali Akhir Pendidikan Luar Universiti

Pendidikan Sultan Idris. Kajian ini menggunakan rekabentuk kuantitatif yang

menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 302 orang responden (n=302), dipilih

menggunakan teknik persampelanbertujuan (purposive sampling) yang terdiri daripada

empat kumpulan iaitu kumpulan (i) ambilan bagi semester satu sesi 2019/2020 (n=137),

(ii) ambilan semester dua sesi 2018/2019 (n=69), manakala untuk (iii) ambilan semester

satu sesi 2018/2019 (n=96). Instrumen utama kajian ini adalah menggunakan soal

selidik Participant Evaluation of Instructor and Program Quality (PEIPQ) yang

mempunyai 8 konstruk dan 48-item berkaitan kualiti fasilitator dan kualiti program.

Dapatan kajian yang diperolehi di analisismenggunakan Statistik Inferensi. Analisis

data kajian yang terlibat ialah ANOVA sehala bagi persoalan satu dan dua, Ujian-t Tidak

Bersandar dan ANOVA sehala bagi persoalan tiga dan Korelasi Pearson bagi persoalan

empat. Empat persoalan kajian tersebut telah dipecahkan kepada empat bahagian

beserta dengan hasil dapatan data kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat

perbezaan yang signifikan di antara demografi bangsa dan zon asal kelahiran terhadap

penilaian kualiti program bagi konstruk kesan program terhadap pembangunan diri dan

pengurusan program. Hasil dapatan kajian yang selainnya menunjukkan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan. Tiga kumpulan ambilan pelajar yang terpilih sebagai

responden kajian juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap kualiti

fasilitator dan kualiti program. Pekali korelasi bagi kualiti fasilitator dan kualiti

program adalah signifikan dan menunjukkan hubungan yang positif dan tinggi.

Rumusan kajian mendapati, bangsa dan zon asal kelahiran mempunyai pengaruh yang

kuat terhadap penilaian kualiti fasilitator dan kualiti program perkhemahanamali akhir

Pendidikan Luar UPSI. Kajian ini mencadangan kepada pengkaji akan datanguntuk

melakukan penambahan kepada bilangan pembolehubah, membuat kajian pra dan

pasca bagi mengukuhkan lagi hasil dapatan kajian berkaitan penilaian peserta, teknik

pengumpulan data kaedah campuran gabungan teknik pengumpulan data kuantitatif

dan kualitatif bagi mengukuhkan lagi dapatan kajian untuk mendapatkan data empirikal

yang lebih mendalam dan membesarkan lagi skop kajian dengan mendapatkan sampel

yang lebih besar dengan melibatkan IPT seluruh Malaysia yang menganjurkan program

perkhemahan amali Pendidikan Luar.