Pengaruh pendedahan media dan identifikasi calon terhadap tingkah laku pengundi pada pilihan raya pemimpin Daerah (PILKADA) Sumbawa 2020

Kajian ini bertujuan untuk memahami tingkah laku pengundi pada pilihan raya pemimpin

daerah (PILKADA) Sumbawa 2020. Secara spesifik, kajian ini bertujuan untuk mengenal

pasti tahap pendedahan media, tahap identifika...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Yadi Satriadi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10112
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk memahami tingkah laku pengundi pada pilihan raya pemimpin

daerah (PILKADA) Sumbawa 2020. Secara spesifik, kajian ini bertujuan untuk mengenal

pasti tahap pendedahan media, tahap identifikasi calon dan tahap tingkah laku pengundi.

Selain itu, kajian ini juga dilaksanakan bagi melihat pengaruh pendedahan media dan

identifikasi calon terhadap tingkah laku mengundi masyarakat Sumbawa pada PILKADA

2020. Pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk tinjauan telah digunakan dalam kajian ini.

Responden kajian terdiri daripada 400 orang pengundi yang dipilih menggunakan kaedah

persampelan rawak berperingkat. Pengumpulan data kajian menggunakan borang soal

selidik. Kemudian data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi.

Analisis deskriptif dijalankan bagi mengenal pasti tahap pendedahan media, tahap

identifikasi calon dan tahap tingkah laku pengundi. Manakala analisis inferensi regresi

dijalankan untuk menguji hipotesis kajian iaitu menerangkan pengaruh pendedahan media

dan identifikasi calon terhadap tingkah laku pengundi. Hasil kajian menunjukkan bahawa

tahap pendedahan media mencatatkan nilai sederhana (min=2.53), tahap identifikasi calon

menunjukkan nilai yang tinggi (min=3.84) dan tahap tingkah laku mengundi mencatatkan

nilai sederhana (min=2.64). Selain itu, hasil dapatan daripada hipotesis kajian menerangkan

bahawa terdapat pengaruh yang signifikan antara pendedahan media dan identifikasi calon

terhadap tingkah laku mengundi masyarakat Sumbawa pada PILKADA 2020. Pendedahan

media dan identifikasi calon memberikan impak yang signifikan (R Square=13.0%) untuk

meningkatkan tahap tingkah laku pengundi pada PILKADA Sumbawa 2020. Kajian ini

memberikan kesan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya daerah Sumbawa sebagai pihak yang

bertugas menyelenggarakan PILKADA. Kajian ini juga memberikan impak kepada calon

sebagai individu ataupun parti sebagai suatu kumpulan. Dengan memahami tingkah laku

pengundi dalam menggunakan media serta memahami penilaian pengundi terhadap calon

dapat menjadi bahan penilaian serta boleh dijadikan rujukan dalam membangunkan strategi

komunikasi agar dapat meraih sokongan masyarakat dan meningkatkan penyertaan politik

masyarakat.