Gaya bahasa puisi Arab dan Melayu dalam diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah (IR)
Penggunaan gaya bahasa dalam puisi berbeza antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu. Gaya bahasa ini memainkan peranan dalam menghasilkan karya sastera yang indah. Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan terhadap gaya bahasa puisi adalah sedikit dibandingkan dengan prosa. Oleh itu, g...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1012 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penggunaan gaya bahasa dalam puisi berbeza antara kesusasteraan Arab dengan kesusasteraan Melayu. Gaya bahasa ini memainkan peranan dalam menghasilkan karya sastera yang indah. Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan terhadap gaya bahasa puisi adalah sedikit dibandingkan dengan prosa. Oleh itu, gaya bahasa "ilm al-bayan dalam kesusasteraan Arab dan gaya bahasa perbandingan dalam kesusasteraan Melayu dipilih sebagai dua perkara pokok yang dikaji. Konsep puisi bagi kedua dua kesusasteraan yang berbeza turut dikaji. Teks daripada Diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah dipilih untuk dianalisis bagi melihat persamaan dan perbezaan gaya bahasa yang terkandung dalam kedua-dua teks puisi tersebut. Pendekatan kepustakaan digunakan untuk mengumpul maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kajian. Kajian ini turut menganalisis tanda atau lambang yang terdapat dalam Diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah dengan menggunakan teori semiotik Charles Sander Pierce. Pendekatan bandingan pula digunakan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan gaya bahasa puisi Arab dan puisi Melayu secara umum. Pendekatan ini juga turut digunakan untuk menganalisis persamaan dan perbezaan gaya bahasa antara Diwan Abi Tammam dengan Syair Siti Zubaidah secara khusus. Kajian mendapati terdapat persamaan fungsi antara gaya bahasa puisi Arab dengan gaya bahasa puisi Melayu, namun istilah kepada setiap gaya bahasa tersebut adalah berbeza. Gaya bahasa dalam puisi Arab mempunyai pembahagian yang pelbagai walaupun mendukung fungsi yang sama. Terdapat gaya bahasa dalam Diwan Abi Tammam dan Syair Siti Zubaidah yang mempunyai persamaan fungsi seperti tashbih mursal dan simile, tashbih mu'akkad dan metafora, isti'arah, personifikasi dan hiperbola, kinayah dan metonimi, majaz mursal dan sinekdoki. Walau bagaimanapun, tashbih dalam Diwan Ai Tammam mensyaratkan mushabbah dan mushabbah bih dinyatakan dalam ungkapan, berbeza dengan metafora dalam Syair Siti Zubaidah yang hanya menyatakan satu daripada dua perkara yang mempunyai persamaan. Kinayah dalam Diwan Abi Tammam pula menggunakan kata-kata untuk menyifatkan sesuatu perkara dengan situasi tertentu, manakala metonimi dalam Syair Siti Zubaidah menggunakan kata-kata yang menyifatkan seseorang dengan pakaiannya. Tanda-tanda yang digunakan dalam puisi pula dipengaruhi oleh persekitaran yang merangkumi ikon, indeks dan simbol. Kajian ini memberi sumbangan kepada penyelidikan yang bersifat perbandingan antara dua kesusasteraan; iaitu kesusasteraan Arab dan kesusasteraan Melayu. |
---|