Meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan pengajaran guru-guru Pendidikan Khas masalah pembelajaran

Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan

pengajaran guru pendidikan khas bidang masalah pembelajaran di Program Pendidikan

Khas Integrasi (PPKI). Kajian ini berbentuk kajian k...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shamsul Rizal Khalil
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10212
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk meneroka faktor-faktor yang mempengaruhi keberkesanan

pengajaran guru pendidikan khas bidang masalah pembelajaran di Program Pendidikan

Khas Integrasi (PPKI). Kajian ini berbentuk kajian kualitatif menggunakan reka bentuk

kajian kes. Kajian ini menggunakan Model (QAIT) oleh Slavin dan Model Penentuan

Kecekapan Guru oleh Cooper. Seramai lapan orang guru pendidikan khas dipilih

sebagai peserta kajian daripada lima buah sekolah menengah berdasarkan teknik

persampelan bertujuan. Pengumpulan data dilakukan melalui protokol temu bual,

pemerhatian dan analisis dokumen. Data dianalisis secara deskriptif dan

dipersembahkan secara naratif. Dapatan kajian menunjukkan keberkesanan pengajaran

guru pendidikan khas masalah pembelajaran adalah dari aspek kualiti pengajaran, aras

pengajaran, insentif dan masa. Keberkesanan dari aspek kualiti pengajaran merangkumi

merancang pengajaran, penggunaan pelbagai kaedah dan penggunaan bahan bantu

mengajar (BBM). Keberkesanan dari aspek aras pengajaran adalah mengikut kebolehan

murid, pengajaran berkumpulan dan menguasai isi pelajaran. Dari aspek insentif ianya

melibatkan memberi motivasi, kepercayaan dan kepimpinan terhadap murid. Aspek

masa pula merangkumi pengajaran awal waktu, masa mencukupi dan fleksibel

melaksanakan pengajaran. Kajian turut mendapati penggunaan strategi pengajaran

yang berpusatkan guru, berpusatkan murid dan berpusatkan bahan turut diterapkan oleh

guru. Selain itu prosedur pengajaran yang berkesan meliputi kemahiran membuat

perancangan seperti rancangan pendidikan individu. Prosedur pelaksanaan pula ialah

set induksi, komunikasi guru dan pengurusan masa. Manakala prosedur penilaian

adalah menyemak hasil kerja, maklum balas dan analisis tugasan. Namun begitu

terdapat beberapa kekangan terhadap keberkesanan pengajaran guru iaitu faktor guru,

faktor murid dan faktor kemudahan fizikal. Kekangan faktor guru ialah aras kurikulum,

latihan guru terhad dan murid yang pelbagai. Manakala kekangan faktor murid adalah

kurang bersedia, tidak menguasai 3M dan kurang motivasi. Kekangan juga turut

melibatkan kemudahan fizikal iaitu keluasan bilik darjah, kurang BBM berteknologi

dan kekurangan bilik khas. Berdasarkan hasil kajian ini telah menyumbang kepada

aspek keberkesanan pengajaran guru dengan menemukan Model Integrasi Pengajaran

Berkesan.