Pembinaan model aktiviti pengajaran Bahasa Melayu berasaskan peta pemikiran kemahiran pemikiran masa depan murid sekolah menengah

Kajian ini bertujuan untuk membina model aktiviti pengajaran Bahasa Melayu

berdasarkan peta pemikiran kemahiran pemikiran masa depan murid sekolah

menengah. Kaedah Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) digunakan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Aisha Chang
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10215
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membina model aktiviti pengajaran Bahasa Melayu

berdasarkan peta pemikiran kemahiran pemikiran masa depan murid sekolah

menengah. Kaedah Kajian Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) digunakan dalam

kajian ini untuk membina model melalui tiga fasa. Fasa pertama kajian adalah fasa

analisis keperluan, di mana keperluan dalam pembinaan model ini dikenal pasti melalui

kaedah soal selidik terhadap 80 orang guru dan temu bual dengan lima orang guru

berpengalaman yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah.

Fasa kedua adalah fasa reka bentuk dan pembangunan model, yang melibatkan tujuh

orang pakar menggunakan Nominal Group Technique (NGT) dan Interpretive

Structural Modelling (ISM) untuk membangunkan model. Fasa ketiga adalah fasa

penilaian model, di mana seramai 18 orang pakar menilai model menggunakan teknik

Fuzzy Delphi. Dapatan kajian dalam fasa analisis keperluan menunjukkan bahawa

sampel kajian bersetuju (M=4.4946; SP=0.6263) mengenai keperluan pembinaan

model aktiviti pengajaran ini. Dalam fasa reka bentuk dan pembangunan, 23 elemen

dalam model telah disahkan melalui keputusan konsensus dan kesepakatan pakar

melebihi 70%, dan digraf yang dikenali sebagai prototaip model aktiviti pengajaran

Bahasa Melayu berasaskan peta pemikiran kemahiran pemikiran masa depan murid

sekolah menengah telah dibina. Dalam fasa penilaian, semua item diterima kerana

memenuhi syarat-syarat nilai ambang threshold d <0.2, peratusan kesepakatan > 75%,

dan nilai skor defuzzification >0.5. Kesimpulannya, model yang dibina sesuai dan

boleh digunakan di sekolah menengah kerana ia memenuhi keperluan guru-guru dan

mempunyai tahap kebolehgunaan yang tinggi berdasarkan dapatan kajian. Pembinaan

model ini mempunyai implikasi sebagai rujukan bagi guru-guru sekolah menengah

dalam merancang proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan peta

pemikiran dalam pedagogi abad ke-21 untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras

tinggi murid sekolah menengah.