Ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar tingkatan empat : satu kajian di Wilayah Persekutuan Labuan

<p>Kajian im bertujuan untuk mengkaji tahap kewujudan ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan ciri-ciri keusahawanan berdasarkan faktor demografi iaitu jantina, bangsa, jurusa...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Siti Nurashikin Abu
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2005
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10229
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian im bertujuan untuk mengkaji tahap kewujudan ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar-pelajar sekolah menengah. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengkaji sama ada wujud perbezaan ciri-ciri keusahawanan berdasarkan faktor demografi iaitu jantina, bangsa, jurusan, pekerjaan ibubapa/penjaga dan cita-cita. 250 sampel pelajar tingkatan 4 dipilih dari empat buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Labuan. Terdapat empat pemboleh ubah ciri-ciri keusahawanan yang digunakan dalam kajian iaitu kreativiti dan inovasi, keyakinan kendiri, lokus kawalan dalaman dan kesanggupan menerima risiko. Untuk menjawab persoalan kajian, dua jenis statistik iaitu statistic deskriptif dan statistik inferens digunakan. Analisis statistik deskriptif mengkaji ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar. Hasil dari analisis statistik deskriptif mendapati ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar adalah sederhana tinggi. Ciri-ciri keusahawanan yang paling menonjol adalah kesanggupan menerima risiko. Analisis inferens pula mengkaji ciri-ciri keusahawanan berdasarkan faktor demografi. Tiada perbezaan ciri-ciri keusahawanan bagi pembolehubah demografi berdasarkan bangsa, pekerjaan ibubapa/penjaga dan cita-cita. Namun, kajian mendapati terdapat perbezaan yang signifikan bagi ciri-ciri keusahawanan berdasarkan jantina. Didapati pelajar lelaki mempunyai min keusahawanan yang lebih tinggi berbanding pelajar perempuan. Manakala bagi pembolehubah jurusan, wujud dua perbezaan yang signifikan bagi ciri-ciri kreativiti dan inovasi iaitu antara pelajar aliran sains dan perdagangan; dan perdagangan dan vokasional.</p>