Penggunaan baja organik dalam pengeluaran sayuran daun Amaranthus Hybridus (bayam) dan Brassica Juncea (sawi hijau) (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menentukan jenis dan kadar baja organik yang sesuai dalam pengeluaran sayuran daun Amaranthus hybridus (bayam) dan Brassica juncea (sawi hijau). Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen reka bentuk rawak lengkap. Dua jenis sayuran berdaun iaitu A. hybridus dan B. juncea di...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Dewi Yana
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2016
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1040
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk menentukan jenis dan kadar baja organik yang sesuai dalam pengeluaran sayuran daun Amaranthus hybridus (bayam) dan Brassica juncea (sawi hijau). Kajian ini menggunakan kaedah eksperimen reka bentuk rawak lengkap. Dua jenis sayuran berdaun iaitu A. hybridus dan B. juncea dirawat menggunakan tiga jenis baja organik iaitu Bokashi Plus, najis ayam A (8-8-8-2) dan najis ayam B (5-5-5-2) sementara NPK (15-15-15) digunakan sebagai kawalan. Baja yang ditambah dalam dua kadar, 100g dan 150g dan setiap rawatan disediakan sebanyak tiga replikat. Bilangan sampel yang digunakan ialah 222 pokok bagi setiap tanaman. Hasil kajian mendapati kesan yang signifikan oleh baja organik. Bokashi Plus dengan kadar 150g terhadap ketinggian pokok A. hybridus (F=27144.70, P=