Kesediaan Guru menggunakan internet dalam pengajaran dan pemelajaran di Sekolah Menengah Teknik Kulim

<p>Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan untuk melihat tahap kesediaan guru di Sekolah Menengah Teknik Kulim terhadap penggunaan internet dalam pengajaran dan pemelajaran. Tahap kesediaan ini diukur melalui empat aspek iaitu aspek persepsi guru terhadap kesesuaian menggun...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rumaizi Ahmad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2006
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10406
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang bertujuan untuk melihat tahap kesediaan guru di Sekolah Menengah Teknik Kulim terhadap penggunaan internet dalam pengajaran dan pemelajaran. Tahap kesediaan ini diukur melalui empat aspek iaitu aspek persepsi guru terhadap kesesuaian menggunakan internet dalam pengajaran dan pemelajaran, aspek pesepsi guru terhadap keberkesanan guru menggunakan internet dalam pengajaran dan pemelajaran, aspek keselesaan guru menggunakan internet dalam pengajaran dan pemelajaran dan aspek tahap kesediaan guru untuk mempelajari kemahiran internet. Kajian ini menggunakan instrument soal selidik kepada 113 orang guru dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science versi 11.0 bagi mencari kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Statistik Inferens iaitu Ujian-T dan Anova Sehala digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa min an tara subskala sikap terhadap kesesuaian penggunaan internet dalam pengajaran dan pemelajaran adalah pada tahap tinggi. Bagi aspek keberkesanan menggunakan internet dalam pengajaran dan pemelajaran juga berada pada tahap tinggi dan aspek kesediaan guru mempelajari kemah iran internet juga berada pada tahap tinggi. Bagi aspek keselesaan menggunakan internet dalam pengajaran dan pemelajaran pula, tahap persepsi guru berada pada tahap sederhana. Secara keseluruhan, tahap kesediaan guru menggunakan internet dalam pengajaran dan pemelajaran berada pada tahap sederhana. Dicadangkan supaya guru-guru diberi lebih banyak latihan mengenai kemah iran dalam merekabentuk pengajaran menggunakan internet dalam pengajaran dan pemelajaran.</p>