Analisis struktur populasi tikus sawah (Rattus Argentiventer) di kawasan sawah padi, Pinang tunggal,Pulau Pinang (IR)

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis struktur populasi Rattus argentiventer di kawasan sawah padi, Pinang Tunggal, Pulau Pinang. Pemerangkapan dijalankan pada dua sesi berbeza. SPB telah dibangunkan dengan membina pagar plastik di sekeliling kawasan kajian dan lubang-lubang kecil telah dibuat seb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zakiah Anis Ahmad Nawawi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1041
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk menganalisis struktur populasi Rattus argentiventer di kawasan sawah padi, Pinang Tunggal, Pulau Pinang. Pemerangkapan dijalankan pada dua sesi berbeza. SPB telah dibangunkan dengan membina pagar plastik di sekeliling kawasan kajian dan lubang-lubang kecil telah dibuat sebagai laluan pintu masuk bagi Rattus argentiventer. Kaedah penyingkiran telah digunakan untuk menganggar saiz populasi. Struktur populasi telah ditentukan dengan mengukur, menimbang, menentukan jantina dan memeriksa kondisi badan Rattus argentiventer. Morfometri tengkorak telah dilaksanakan dengan mengukur parameter tengkorak manakala pengamplifikasian dan penjujukan DNA mitokondria Rantau Hipervariabel 1 telah dijalankan untuk menentukan bilangan haplotip. Hasil kajian menunjukkan bahawa jumlah keseluruhan tikus yang diperangkap semasa sesi pemerangkapan adalah 110. Terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina di kedua-dua sesi dengan min nisbah Jantan/Betina adalah 3:1. Hasil kajian daripada kajian morfometri menunjukkan bahawa tujuh daripada 27 pengukuran tengkorak menunjukkan perbezaan yang signifikan dari segi umur. Dua haplotip yang berbeza iaitu RAH1 dan RAH2 telah didapati hasil daripada kajian haplotip. Kejayaan penangkapan tikus yang tinggi mendedahkan bahawa SPB adalah lebih berkesan dalam menurunkan populasi Rattus argentiventer daripada perangkap tikus biasa. Populasi Rattus argentiventer di kawasan Pinang Tunggal dipercayai dapat dikawal menggunakan SPB sebagai alternatif kepada penggunaan racun perosak memandangkan populasi ini memiliki variasi genetik yang sangat rendah.