Lokus kawalan dan hubungannya dengan pencapaian prinsip perakaunan di kalangan pelajar tingkatan empat

<p>Kajian ini bertujuan melihat hubungan di antara lokus kawalan dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Kajian ini juga mengkaji perbezaan lokus kawalan mengikut jantina, aliran, etnik dan lokasi sekolah, termasuk perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki d...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Salina Kassim
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2006
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10411
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian ini bertujuan melihat hubungan di antara lokus kawalan dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Kajian ini juga mengkaji perbezaan lokus kawalan mengikut jantina, aliran, etnik dan lokasi sekolah, termasuk perbezaan pencapaian antara pelajar lelaki dan perempuan. Ujian statistik juga dijalankan untuk menentukan sarna ada terdapat kebergantungan antara lokus kawalan dengan jantina dan pencapaian. Instrumen yang digunakan adalah soal selidik Skala DalamanLuaran Rotter yang telah diterjemah untuk mengukur lokus kawalan pelajar. Sam pel kajian ini terdiri daripada 225 orang pelajar Tingkatan 4 yang diambil secara persampelan rawak mudah daripada lima buah sekolah di daerah Perak Tengah dan tiga buah sekolah dari daerah Kinta, Perak. Data yang dikumpul dianalisis melalui perisian SPSS 11.5 menggunakan kiraan frekuensi, ujian-t, ANOVA sehala, korelasi Pearson dan ujian Khi Kuasa-Dua. Hasil kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara lokus kawalan dengan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan lokus kawalan dengan pencapaian pelajar mengikut aliran, etnik dan lokasi sekolah. Tetapi terdapat perbezaan yang signifikan an tara lokus kawalan dengan jantina; serta perbezaan pencapaian yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan. Seterusnya terdapat kebergantungan antara lokus kawalan dengan jantina tetapi tidak wujud kebergantungan antara lokus kawalan dengan pencapaian pelajar.</p>