Komitmen kerja sebagai mediator antara pengaruh kompetensi dan prestasi kerja ketua panitia Sekolah Menengah Kebangsaan di Pahang

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap komitmen kerja, kompetensi dan

prestasi kerja, mengenal pasti perbezaan komitmen kerja, kompetensi dan prestasi kerja

berdasarkan jantina, umur, pendidikan dan pengala...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2023

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10416 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap komitmen kerja, kompetensi dan

prestasi kerja, mengenal pasti perbezaan komitmen kerja, kompetensi dan prestasi kerja

berdasarkan jantina, umur, pendidikan dan pengalaman mengajar. Kajian ini turut

mengenal pasti pengaruh yang signifikan antara kompetensi dan komitmen kerja

terhadap prestasi kerja serta mengenal pasti komitmen kerja sebagai mediator antara

kompetensi dan prestasi kerja. Kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini dengan

mengedarkan soal selidik. Seramai 278 orang ketua panitia dari 39 buah sekolah

menengah kebangsaan yang terdapat di negeri Pahang telah terlibat sebagai responden

kajian. Pemilihan sampel adalah secara persampelan strata. Analisis data kajian adalah

menggunakan perisian SPSS dan SmartPLS. Analisis deskriptif mendapati komitmen

kerja (M=4.14, SD=0.416), kompetensi kerja (M=4.16, SD=0.216) dan prestasi kerja

(M=4.11, SD=0.364) ketua panitia berada pada tahap tinggi. Hasil analisis inferens

mendapati tidak ada perbezaan komitmen kerja, kompetensi dan prestasi kerja

berdasarkan pengalaman mengajar. Analisis menggunakan PLS-SEM pula mendapati

terdapat pengaruh yang signifikan antara kompetensi dengan komitmen kerja (=0.314,

t=5.271, p<0.05), komitmen kerja dengan prestasi kerja (=0.314, t=5.271, p<0.05) dan

kompetensi dengan prestasi kerja (=0.106, t=4.789, p<0.05). Selain itu, komitmen

kerja adalah mediator separa antara hubungan kompetensi dan komitmen kerja

(=0.106, t=4.789, p<0.05). Kesimpulannya, didapati ketua panitia sekolah menengah

kebangsaan di Pahang memiliki kompetensi dan komitmen kerja yang tinggi dan

mampu mempersembahkan ciri-ciri yang diperlukan dalam konteks pekerjaan.

Implikasi kajian ini dapat menyumbang kepada pengembangan teori dan empirikal

dengan memberi fokus kepada ketua panitia untuk menambah baik kualiti dalam bidang

pendidikan selaras dengan matlamat pendidikan yang memberi penekanan dalam

pengetahuan dan kemahiran profesionalisme dalam membantu sekolah mencapai dan

meningkatkan lagi kecemerlangan. Kajian ini juga dapat memberi implikasi dari segi

praktikal kepada PPD, JPN dan KPM khususnya pihak Jemaah Nazir untuk menilai

kecekapan dan kebolehan dengan memasukkan faktor yang menyumbang kepada

peningkatan prestasi kerja ketua panitia