Analisis prinsip-prinsip pembinaan bahan pengajaran dalam buku teks Bahasa Cina Sekolah Jenis Kebangsaan Cina tahun satu

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis buku teks Bahasa Cina Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina Tahun Satu dari perspektif prinsip pembinaan bahan pengajaran

Bahasa Cina, merumuskan ciri-ciri, kekuatan dan kelemahan buk...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fam, Choo Chen
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10458
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis buku teks Bahasa Cina Sekolah Jenis

Kebangsaan Cina Tahun Satu dari perspektif prinsip pembinaan bahan pengajaran

Bahasa Cina, merumuskan ciri-ciri, kekuatan dan kelemahan buku teks Bahasa Cina

serta mengemukakan cadangan penambahbaikan bagi buku teks tersebut. Reka bentuk

kajian gabungan digunakan dalam kajian ini di mana data kualitatif dan data kuantitatif

dikumpul untuk menjawab tiga persoalan kajian. Kaedah analisis kandungan dokumen

merupakan kaedah utama dalam kajian ini, soal selidik dan temu bual semi struktur

turut dijalankan untuk mengukuhkan dan memantapkan dapatan kajian. Data kualitatif

telah dianalisis dengan proses pengekodan, manakala data kuantitatif dianalisis secara

deskriptif. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan buku teks Bahasa Cina

SJKC Tahun Satu menonjolkan prinsip tujuan dan prinsip sasaran yang ketara, prinsip

kepraktisan dan prinsip saintifik pada tahap sederhana, manakala prinsip keserasian dan

prinsip keseronokan pula kurang menonjol secara keseluruhan. Buku teks ini

menunjukkan kekuatannya dari penampilan ciri-ciri prinsip tujuan dan prinsip sasaran

dan wajar dikekalkan dalam pembinaan buku teks Bahasa Cina. Sementara itu, ciri-ciri

prinsip saintifik, prinsip kepraktisan dan prinsip keseronokan masih boleh ditambah

baik lagi untuk meningkatkan kualiti buku teks Bahasa Cina. Dapatan kajian

menunjukkan elemen luaran buku teks ini dapat ditambah baik berdasarkan ciri-ciri

kepraktisan. Bagi elemen dalaman pula, aspek petikan teks dalam buku teks Bahasa

Cina dapat ditambah baik berlandaskan ciri-ciri prinsip saintifik, manakala aspek

latihan dan aktiviti dapat ditambah baik berlandaskan ciri-ciri saintifik dan prinsip

keseronokan. Kesimpulannya, kajian ini telah mendapati buku teks Bahasa Cina SJKC

Tahun Satu telah menonjolkan prinsip pembinaan bahan pengajaran pada tahap yang

berbeza. Usaha penambahbaikan buku teks ini masih diperlukan untuk menjamin

kualiti pendidikan Bahasa Cina di negara kita. Hasil kajian ini telah membawa implikasi

yang penting dari segi pengetahuan, empirikal dan praktikal khususnya dalam bidang

pendidikan Bahasa Cina di negara kita.