Pembangunan Rubrik Penilaian Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah untuk kursus Fizik program Matrikulasi

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Rubrik Penilaian Pemikiran Kritis dan

Penyelesaian Masalah (CTPS) bagi kursus Fizik program Matrikulasi, Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM). Reka bentuk kajian yang digunak...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Alysuliana Alias
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10459
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Rubrik Penilaian Pemikiran Kritis dan

Penyelesaian Masalah (CTPS) bagi kursus Fizik program Matrikulasi, Kementerian

Pendidikan Malaysia (KPM). Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian

pembangunan melalui pendekatan kajian gabungan turutan penjelasan. Model instruksi

ADDIE digunakan sebagai panduan pembangunan rubrik ini. Kutipan data kuantitatif

dilaksanakan melalui instrumen soal selidik yang melibatkan sampel kajian seramai

175 orang pensyarah fizik yang dipilih melalui teknik pensampelan rawak mudah.

Kutipan data kualitatif menerusi temu bual kumpulan berfokus (FGD) pula melibatkan

seramai tujuh orang pensyarah Fizik Matrikulasi yang dipilih melalui teknik

pensampelan bertujuan. Data kuantitatif dianalisis berpandukan Model Pengukuran

Rasch dan disokong dengan data kualitatif yang dianalisis berpandukan Model

Interaktif Analisis Data Kualitatif Miles dan Huberman. Pembangunan rubrik adalah

berdasarkan hasil analisis data ini diikuti dengan pemurnian rubrik yang dijalankan

bersama panel FGD. Pengesahan rubrik adalah berdasarkan persetujuan bersama ahli

panel. Data kebolehpercayaan rubrik diperoleh daripada tugasan tutorial 20 orang

pelajar kursus Fizik program Matrikulasi dan dianalisis melalui kebolehpercayaan

antara penilai menggunakan pekali korelasi intra-kelas (ICC). Hasil kajian

menunjukkan bahawa nilai peratus persetujuan adalah 100% dan hasil analisis terhadap

keseluruhan rubrik menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang sangat baik dengan

nilai pekali ICC 0.960. Kesimpulannya, kajian ini menunjukkan rubrik penilaian CTPS

bagi kursus Fizik program Matrikulasi berjaya dibangunkan dengan kesahan dan

kebolehpercayaan yang sangat baik. Para pensyarah dapat menggunakan rubrik ini

sebagai panduan untuk menyusun dan mengukur kemahiran pemikiran kritis dan

penyelesaian masalah pelajar dengan lebih berkesan. Rubrik ini dapat membantu para

pensyarah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar dalam aspek tersebut dan

memberikan saranan yang sesuai untuk peningkatan berterusan prestasi pelajar.