Pengaruh pengupayaan pengetua terhadap kepimpinan tranformasi dan prestasi kerja ketua panitia di Sekolah Menengah Negeri Pahang

Objektif kajian ini bertujuan menentukan tahap pengupayaan pengetua, tahap

kepimpinan dan tahap prestasi kerja ketua panitia serta mengenal pasti perbezaan

kepimpinan dan prestasi kerja ketua panitia berdasarkan jan...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Maziana Murad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10481
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Objektif kajian ini bertujuan menentukan tahap pengupayaan pengetua, tahap

kepimpinan dan tahap prestasi kerja ketua panitia serta mengenal pasti perbezaan

kepimpinan dan prestasi kerja ketua panitia berdasarkan jantina dan pengalaman

mengajar. Kajian ini juga bertujuan menganalisis pengaruh pengupayaan dan dimensi

pengupayaan terhadap kepimpinan dan prestasi kerja ketua panitia di sekolah

menengah di negeri Pahang. Seramai 278 orang ketua panitia dari 39 buah sekolah

menengah di negeri Pahang telah dipilih sebagai responden kajian dengan

menggunakan kaedah rawak bersrata. Instrumen Empowerment Indicator Survey,

Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ 5X) dan Prestasi Kerja digunakan dalam

kajian ini. Perisian SPSS 23 dan SmartPLS 3.0 digunakan bagi melaksanakan analisis

kajian ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ketiga-tiga pemboleh ubah berada

tahap tinggi (pengupayaan, 4.208; kepimpinan,4.000; prestasi kerja, 4.121). Analisis

mendapati tidak terdapat perbezaan antara kepimpinan transformasi dan prestasi kerja

berdasarkan jantina. Analisis ANOVA menunjukkan pengalaman mengajar tidak

memberi perbezaan terhadap kepimpinan ketua panitia (F (2,275) = 0.167, p 0.05)

sebaliknya memberi perbezaan kepada prestasi kerja ketua panitia F (2,275) = 3.383, p

< 0.05. Analisis PLS-SEM pula mendapati terdapat pengaruh positif yang signifikan

antara pengupayaan dengan kepimpinan ( = 0.383, t = 7.321, p < 0.05) dan

pengupayaan dengan prestasi kerja ( = 0.439, t = 8.614, p < 0.05). Dimensi membina

motivasi di bawah pengupayaan dikenal pasti sebagai pengaruh utama terhadap

kepimpinan transformasi dan prestasi kerja ketua panitia. Analisis juga mendapati

amalan pengupayaan pada median rendah menyebabkan kualiti kepimpinan

transformasi ketua panitia merosot tetapi tidak memberi kesan kepada prestasi kerja

mereka. Mana kala pengupayaan yang diamalkan pada median yang tinggi

mempengaruhi kualiti kepimpinan transformasi dan prestasi kerja ketua panitia.

Berdasarkan dapatan kajian, jelas menunjukkan pengupayaan yang dilakukan oleh

pengetua memberi impak kepada peningkatan kepimpinan dan prestasi kerja ketua

panitia kerana mereka mampu mengembangkan kecekapan dan meningkatkan

kemahiran profesional mereka sebagai pemangkin kecemerlangan pelajar dan sekolah.

Implikasi kajian ini mencadangkan amalan pengupayaan diamalkan dan menjadi

budaya sekolah dalam meningkatkan prestasi kerja ketua panitia.