Pembangunan Modul Pentaksiran Pendidikan Kesihatan (MoPPK) Tahun Empat Sekolah Rendah

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Pentaksiran Pendidikan Kesihatan

(MoPPK) Tahun Empat Sekolah Rendah di Malaysia. Kajian ini melibatkan tiga fasa,

iaitu Fasa Analisis Keperluan, Fasa Reka Bentuk dan Pem...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Faiznur Maisya Annur Sani
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10500
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Modul Pentaksiran Pendidikan Kesihatan

(MoPPK) Tahun Empat Sekolah Rendah di Malaysia. Kajian ini melibatkan tiga fasa,

iaitu Fasa Analisis Keperluan, Fasa Reka Bentuk dan Pembangunan, dan Fasa

Pelaksanaan dengan berpandukan model ADDIE (Rossett, 1987). Metodologi yang

digunakan bagi fasa analisis keperluan adalah kajian tinjauan bagi melihat amalan

pentaksiran dalam kalangan guru Pendidikan Kesihatan sekolah rendah. Manakala bagi

fasa kedua pula, seramai 30 orang pakar telah dipilih untuk melengkapkan soal selidik

bagi proses kesahan dan kebolehpercyaan modul. Reka bentuk bagi fasa penilaian

adalah kajian kes sekali yang melibatkan 194 orang murid tahun empat dan 12 orang

guru Pendidikan Kesihatan di beberapa daerah di negeri Pulau Pinang. Dapatan analisis

keperluan menunjukkan purata keseluruhan soal selidik bagi konstruk persetujuan dan

kekerapan adalah adalah 70.57 peratus. Hasil pengujian bagi fasa reka bentuk dan

pembangunan menunjukkan nilai kesahan panel pakar (r=.97), kebolehpercayaan

instrumen (r=.83) dan kebolehpercayaan item soal selidik (=.84). Seterusnya, analisis

penilaian menunjukkan purata min pencapaian tahap penguasaan murid adalah

cemerlang iaitu 84.67peratus. Keputusan ujian ANOVA sehala menunjukkan terdapat

perbezaan yang signifikan bagi komponen PEERS (p<.05, p=.03) dan pemakanan

(p<.05, p=.00). Manakala komponen pertolongan cemas pula menunjukkan perbezaan

yang tidak signifikan (p<.05, p=.90). Hasil ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan

yang signifikan terhadap skor ujian sumatif antara kumpulan kawalan dan rawatan.

Analisis korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan positif yang sederhana dan

signifikan di antara komponen ujian formatif (PEERS dan pemakanan; r=0.64, p=0.00),

(PEERS dan pertolongan cemas; (r=0.61, p=0.00) serta hubungan positif yang rendah

dan signifikan bagi pemakanan dan pertolongan cemas (r=0.49, p=0.00). Akhir sekali,

penilaian tahap kecekapan modul menunjukkan nilai purata yang sangat baik dengan

nilai 91.7 peratus dalam kalangan guru. Kesimpulannya, MoPPK ini sangat sesuai

digunakan dalam proses pentaksiran Pendidikan Kesihatan bagi menguji dan menilai

tahap penguasaan murid secara holistik seiring dengan penetapan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.