Prestasi kemahiran motor asas murid negeri Pahang yang telah melalui proses pembelajaran pendidikan jasmani tahap satu

Kajian ini bertujuan mengetahui prestasi kemahiran motor asas murid sekolah negeri

Pahang yang telah melalui proses pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahap Satu

(tahun satu, dua dan tiga) sebagaimana yang ditentukan d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Norziha Minhad
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10529
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan mengetahui prestasi kemahiran motor asas murid sekolah negeri

Pahang yang telah melalui proses pembelajaran Pendidikan Jasmani Tahap Satu

(tahun satu, dua dan tiga) sebagaimana yang ditentukan dalam kurikulum Pendidikan

Jasmani KBSR serta mengetahui keberkesanan pengaruh gender, lokasi dan

pencapaian kemahiran motor asas di Sekolah Projek. Sebanyak 379 sampel (192

lelaki, 187 perempuan) terdiri daripada murid tahun empat dipilih secara rawak dari

sekolah seluruh negeri Pahang. Kajian ex-post facto ini menggunakan ujian lapangan

dengan satu bateri ujian yang mengandungi lima ujian iaitu Larian Zig-zag (r= 0.953),

Lompat Jauh Berdiri (r= 0.974), Imbangan Bangau (r= 0.836), Lantunan Bola Ke

Dinding (r= 0.915) dan Memukul Bola Sotbol (r= 0.934). Semua data mentah

ditukar kepada data kuantitatif dalam bentuk skor-T dan dianalisis menggunakan

Ujian-t Sampel Tidak Bersandar. Hasil kajian menunjukkan perbezaan yang tidak

signifikan di antara prestasi murid lelaki dengan perempuan (t2 = 0.219 < = 1.960,

2 = 0.05), perbezaan yang signifikan di antara prestasi murid bandar dengan murid

luar bandar (t2 = -2.331 > Um = 1.960, = 0.05) dan perbezaan prestasi yang tidak

signifikan di antara murid Sekolah Projek dengan murid Bnkan Sekolah Projek (t2 =

-0.891 < tirm, 0.05 = 1.960). Kajian ini mendapati gender dan pemantauan tidak

menunjukkan pengaruh yang signifikan terhadap kemahiran motor asas murid. Kajian

ini juga dapat menyimpulkan bahawa pada keseluruhannya, prestasi kemahiran motor

asas semua murid lelaki dan perempuan, bandar dan luar bandar, dan Sekolah Projek

dan Bukan Sekolah Projek adalah rendah yang menunjukkan bahawa penguasaan

kemahiran motor asas di kalangan murid Tahap Satu (tahun satu, dua dan tiga) negeri

Pahang tidak selari dengan matlamat kurikulum Pendidikan Jasmani KBSR.