Reka bentuk dan pembangunan Garis Panduan Pembelajaran Koperatif dalam Rancangan Pengajaran Harian bagi subjek Lukisan Bangunan di Kolej Vokasional
<p>Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan Garis Panduan Pembelajaran Koperatif dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi subjek Lukisan Bangunan di Kolej Vokasional (KV). Terdapat kekurangan dalam panduan pengajaran dan pembelajaran subjek Lukisan Bangunan di KV....
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2023
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10534 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | <p>Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan membangunkan Garis Panduan Pembelajaran Koperatif dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi subjek Lukisan Bangunan di Kolej Vokasional (KV). Terdapat kekurangan dalam panduan pengajaran dan pembelajaran subjek Lukisan Bangunan di KV. Hasil dari transformasi KV memberi kesan kepada kaedah penyediaan pengajaran dan pembelajaran itu sendiri. Garis Panduan ini dibangunkan berdasarkan kepada teori Konstruktivism Sosial Vygotsky. Kajian ini menggunakan pendekatan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) untuk membangunkan Garis Panduan RPH dan menjawab empat persoalan kajian dengan melalui empat fasa kajian selaras dengan pendekatan kajian. Dalam fasa pertama, analisis keperluan dijalankan untuk mengenalpasti keperluan untuk mereka bentuk dan membangunkan Garis Panduan RPH dengan menggunakan kaedah temu bual berstruktur. Temu bual dijalankan kepada enam responden pakar dan daripada hasil analisis tema yang diperolehi, didapati terdapat keperluan untuk mereka bentuk dan membangunkan Garis Panduan ini. Dalam fasa kedua, kaedah soal selidik Fuzzy Delphi Method (FDM) telah diberikan kepada 15 orang pakar untuk mengenalpasti kandungan elemen yang diperlukan dalam mereka bentuk Garis Panduan dan didapati terdapat empat elemen yang dikenalpasti iaitu elemen kemahiran visual, elemen koperatif Student Team Achievement Division, perisian Powerpoint dan elemen tunjuk cara yang mana telah mendapat kesepakatan pakar. Fasa ketiga bertujuan membangunkan kandungan elemen Garis Panduan dengan menggunakan kaedah analisis dokumen terhadap Silibus dan Course Outline dan prototaip Garis Panduan RPH Lukisan Bangunan telah dibangunkan dengan gabungan empat elemen yang telah dikenalpasti serta menggunakan kaedah koperatif. Seterusnya fasa keempat, bertujuan untuk menilai kebolehlaksanaan prototaip Garis Panduan yang telah dibangunkan menggunakan kaedah temu bual berstruktur kepada lima orang responden, didapati tema yang terhasil termasuk setelah dilaksanakan penilaian kebolehlaksanaan Cohen Kappa terhadap prototaip ini. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan Garis Panduan pembelajaran koperatif RPH bagi subjek Lukisan Bangunan telah dapat direka bentuk dan dibangunkan, sesuai untuk dilaksanakan dan dijadikan panduan kepada pengajar Lukisan Bangunan di KV.</p> |
---|