Pembangunan blog sebagai platform penulisan karangan oleh pelajar-pelajar bukan melayu

Kemunculan teknologi Web 2.0 telah mengubah corak penggunaan internet.

Tanpa perlu pengetahuan dan kemahiran teknikal, sesiapa sahaja yang mempunyai akses internet boleh

menyampaikan pandangan mereka dalam web. Satu...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Lee, Hooi Ching
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2011
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10554
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kemunculan teknologi Web 2.0 telah mengubah corak penggunaan internet.

Tanpa perlu pengetahuan dan kemahiran teknikal, sesiapa sahaja yang mempunyai akses internet boleh

menyampaikan pandangan mereka dalam web. Satu aplikasi popular teknologi Web 2.0 ialah blog dan

ciri asas blog adalah untuk penulisan. Di Barat, banyak kajian telah dijalankan tentang penggunaan

blog dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keberkesanan penggunaan blog dalam proses

pengajaran dan pembelajaran di Malaysia terutamanya dalam bidang penulisan karangan Bahasa Melayu

tidak lagi diterokai. Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan menggunakan model ADDIE dalam

membangunkan blog sebagai platform untuk penulisan karangan Bahasa Melayu dan meninjau persepsi

pelajar tentang penulisan karangan dan penggunaan blog dalam penulisan serta menguji

keberkesanannya. Kajian ini berbentuk kajian kuasi eksperimental dengan sampel kajian terdiri

daripada 84 orang pelajar bukan Melayu. Instrumen kajian ialah borang soal selidik dan set ujian

penulisan karangan. Dapatan kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan persepsi pelajar-pelajar

tentang penulisan karangan dari aspek kemahiran bahasa, masalah penulisan dan pendapat tentang

penulisan, tetapi persepsi pelajar-pelajar tentang kepentingan penulisan karangan tidak banyak

berbeza sebelum dan selepas kajian. Ujian-t untuk dua kumpulan sampel tidak bersandaran

(Independent Samples Test) mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian

markah karangan pelajar dan kemahiran menulis selepas penggunaan blog dalam penulisan. Min markah

karangan bagi kumpulan rawatan adalah lebih tinggi secara signifikan (p<0.05) dibandingkan

dengan kumpulan kawalan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan blog mampu meningkatkan

pencapaian markah karangan dan kemahiran menulis pelajar. Oleh itu, pembangunan blog sebagai

platform penulisan karangan pelajar wajar diintegrasikan oleh guru-guru dalam proses

pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan di sekolah.