Cabaran guru prasekolah luar bandar terhadap pengajaran dan pembelajaran online semasa Pandemik Covid-19

Kajian kualitatif ini bertujuan untuk melihat sejauhmanakah cabaran guru-guru

prasekolah di kawasan luar bandar terhadap pengajaran dan pembelajaran online

semasa tempoh pandemik COVID-19. Peserta kajian adalah sera...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Huzaini Amir
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10587
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian kualitatif ini bertujuan untuk melihat sejauhmanakah cabaran guru-guru

prasekolah di kawasan luar bandar terhadap pengajaran dan pembelajaran online

semasa tempoh pandemik COVID-19. Peserta kajian adalah seramai empat orang guru

prasekolah yang telah dipilih melalui teknik persampelan bertujuan. Pengumpulan data

kajian adalah melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumen. Data kajian

dianalisis dengan kaedah analisis kandungan. Dapatan kajian menunjukkan cabaran

yang dihadapi oleh guru prasekolah luar bandar terhadap pengajaran dan pembelajaran

online semasa pandemik COVID-19 adalah hampir sama dari segi capaian internet,

penglibatan ibu bapa dan penjaga, penglibatan murid dan komunikasi antara guru

dengan murid. Antara solusi yang diambil oleh guru-guru prasekolah di kawasan luar

bandar ini untuk menangani isu-isu yang berlaku antaranya adalah dengan

menyediakan modul-modul pembelajaran secara offline, menggunakan aplikasi

WhatsApp dan Telegram, memberi kelonggaran masa kepada ibu bapa dan penjaga,

memberi makluman awal kepada ibu bapa dan penjaga dan akhir sekali perbincangan

antara guru dengan ibu bapa. Bagi aspek penglibatan murid pula sepanjang tempoh

pengajaran dan pembelajaran online dijalankan, penglibatan murid adalah di tahap

sederhana dan memuaskan sahaja. Kesimpulannya, dapatan utama kajian menunjukkan

terdapat beberapa cabaran yang telah dihadapi oleh guru-guru prasekolah di kawasan

luar bandar sepanjang pengajaran dan pembelajaran online ini dilaksanakan, walau

bagaimanapun terdapat beberapa solusi yang telah digunakan oleh guru-guru

prasekolah ini bagi mengatasi masalah tersebut. Implikasi kajian yang telah dijalankan

ini mampu dijadikan panduan kepada guru-guru prasekolah, pihak pentadbir dan juga

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk merancang sesi pengajaran dan

pembelajaran online menggunakan teknologi pendidikan yang ada dengan lebih baik

lagi seiring dengan peredaran masa lebih-lebih lagi ketika negara berada di dalam

situasi luar jangka.