Pembangunan kebolehgunaan serta tahap minat dan motivasi pelajar terhadap penggunaan aplikasi gamifikasi \"HuH!\" bagi topik Homeostasis dan Sistem Urinari

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan aplikasi gamifikasi HuH! dalam topik

Homeostasis dan Sistem Urinari Manusia seterusnya menentukan kebolehgunaannya

dalam kalangan guru yang mengajar subjek Sains dan Biologi....

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Nadirah Zainal Abidin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10597
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk membangunkan aplikasi gamifikasi HuH! dalam topik

Homeostasis dan Sistem Urinari Manusia seterusnya menentukan kebolehgunaannya

dalam kalangan guru yang mengajar subjek Sains dan Biologi. Selain itu, tahapmotivasi

dan minat pelajar terhadap pembelajaran menggunakan aplikasi gamifikasi HuH!

turut dikenalpasti. Kajian ini menggunakan reka bentuk penyelidikan pembangunan

dengan mengaplikasikan aplikasi ADDIE yang mempunyai lima fasa: analisis, reka

bentuk, pengembangan, pelaksanaan dan penilaian. Instrumen kajian yang digunakan

adalah borang soal selidik kebolehgunaan dan borang soal selidik minat dan motivasi.

Kesahan telah dijalankan terhadap aplikasi gamifikasi HuH! dan instrumen kajian.

Kajian rintis dijalankan terhadap 30 orang guru pelatih dan 36 orang pelajar, dan nilai

Cronbach Alpha adalah 0.734 dan 0.953, masing- masing bagi soal selidik

kebolehgunaan serta minat dan motivasi. Sampel kajian terdiri daripada 51 orang guru

Sains dan Biologi dan juga 71 orang pelajar yang mengambil subjek Biologi yang telah

dipilih menggunakan teknik persampelan rawak (berakses). Data daripada soal selidik

dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan Statistical Package for Social Science

(SPSS) versi 26.0 bagi mendapatkan min dan sisihan piawai (s.p). Keputusan kajian

menunjukkan aplikasi gamifikasi yang dibangunkan mempunyai kesahan yang baik

dengan persetujuan sebanyak 98.4%. Hasil data kebolehgunaan menunjukkan bahawa

aplikasi gamifikasi HuH! berada pada tahap yang baik dengan skor min ialah 3.53

(s.p = 0.326). Tiga konstruk yang mewakili kebolehgunaan iaitu kesesuaian,

kemudahan dan kepuasan juga pada tahap yang baik dan sederhana dengan skor min

masing-masing3.57 (s.p = 0.270), 3.53 (s.p = 0.387) dan 3.49 (s.p = 0.384). Seterusnya,

dapatan kajiandaripada tahap motivasi dan minat pelajar dalam pembelajaran

menggunakan gamifikasi HuH! ini berada pada tahap yang tinggi dengan skor min

masing-masing 3.60 (s.p = 0.279) dan 3.57 (s.p = 0.376). Kesimpulannya,

pembangunan aplikasi gamifikasi HuH! telah mencapai objektif kajian yang

dibuktikan mempunyai tahap persepsi yang baik dengan persetujuan yang tinggi dalam

kalangan guru iaitu daripada segi kebolehgunaan aplikasi dalam sesi pengajaran dan

juga menunjukkan kesan yang positif terhadap tahap motivasi dan minat pelajar

terhadap pembelajaran menggunakanaplikasi gamifikasi HuH!. Implikasinya,

aplikasi gamifikasi HuH! sesuai untuk alat bantu mengajar, memudahkan guru

menilai pelajar dan membantu pelajar memahami topik Homeostasis dan Sistem

Urinari Manusia.