Analisis penerimaan dan penggunaan video pengajaran EDUWEBTV dalam kalangan guru sains sekolah menengah

<p>Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis tahap penerimaan dan penggunaan video pengajaran daripada portal EDUWEBTV dalam kalangan guru sains sekolah menengah, Kinta Utara, Perak. Kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 227 orang guru di 5...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Zuraimi Md. Rozdi
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2013
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=10604
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:<p>Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menganalisis tahap penerimaan dan penggunaan video pengajaran daripada portal EDUWEBTV dalam kalangan guru sains sekolah menengah, Kinta Utara, Perak. Kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 227 orang guru di 51 buah sekolah menengah. Kajian ini menggunakan Model Penerimaan Teknologi oleh Davis (1989) dengan penambahan beberapa pemboleh ubah. Instrumen terdiri daripada set soal selidik dan protokol temu bual. Data dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan inferensi. Statistik deskriptif menjelaskan demografi guru-guru sains dan tahap penerimaan EDUWEBTV. Manakala statistik inferensi pula melibatkan analisis korelasi, regresi berganda, dan analisis varian sehala (ANOVA) yang menerangkan perhubungan serta perbezaan antara pemboleh ubah kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerimaan dan penggunaan video pengajaran daripada portal EDUWEBTV adalah pada tahap sederhana. Pemboleh ubah kebergunaan dan sokongan organisasi merupakan faktor utama yang mempengaruhi dan menyumbang kepada amalan penerimaan serta penggunaan video pengajaran. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan aspek umur dan pengalaman mengajar guru dalam penerimaan dan penggunaan video pengajaran dari EDUWEBTV. Bagaimanapun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam kelulusan akademik bagi penerimaan dan penggunaan video pengajaran. Kesimpulannya kajian ini membuka satu kefahaman mengenai perlunya usaha yang berterusan untuk menggalakkan amalan penggunaan video pengajaran dari portal EDUWEBTV dalam kalangan guru untuk mempertingkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran sains.</p>