Analisis kesejahteraan penerima program bina rumah di negeri Perak

Objektif kajian ini adalah untuk menentukan tingkat kesejahteraan, perbezaan min

pembolehubah, hubungan dan pengaruh di antara pembolehubah Kewangan (K),

Kesihatan (K) dan Pendidikan (P) dengan Kesejahteraan, serta...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2023

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11099 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Objektif kajian ini adalah untuk menentukan tingkat kesejahteraan, perbezaan min

pembolehubah, hubungan dan pengaruh di antara pembolehubah Kewangan (K),

Kesihatan (K) dan Pendidikan (P) dengan Kesejahteraan, serta membangunkan

Indeks Kesejahteraan Penerima Program Bina Rumah (IKPPBR). Kajian yang

berbentuk kuantitatif ini menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen bagi

mendapatkan maklumat kajian. Seramai 168 responden yang merupakan penerima

Program Bina Rumah (PBR) di Daerah Batang Padang, Perak terlibat dalam kajian

ini yang dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan (purposive sampling). Data

dianalisis dengan menggunakan analisis dekriptif dan inferensi. Dapatan kajian

menunjukkan tingkat kesejahteraan berada pada tahap tinggi berdasarkan skor min

(3.317). Hasil dapatan ujian perbezaan min pembolehubah kesejahteraan mengikut

pembolehubah terpilih menunjukkan keputusan yang tidak signifikan (t (166) = -

0.046, p>0.05) mengikut jantina, manakala keputusan signifikan mengikut umur

(F=28.261, p < 0.05) dan kelayakan akademik (F=7.559, p < 0.05). Keputusan ujian

regresi pula menunjukkan hubungan positif dan signifikan di antara pembolehubah

Kesejahteraan dengan kesemua pemboleh ubah KKP [(Kewangan ( = +0.366.

p<0.05)], Kesihatan ( = +0.445. p<0.05)], dan Pendidikan ( = +0.616, p<0.05)].

Indeks Kesejahteraan Penerima Program Bina Rumah (IKPPBR) yang dibangun

menunjukkan hanya Mukim Bidor dan Sungkai merekodkan skor indeks melebih 100

manakala Mukim Chenderiang dan Batang Padang memperoleh kurang dari 100.

Kesimpulannya, matlamat PBR dalam memberikan kesejahteraan kepada penerima

hanya dapat dicapai dalam sebahagian aspek-aspek tertentu. Implikasi kajian

menekankan kepentingan dalam menjalankan kepelbagaian strategi holistik bagi

meningkatkan kesejahteraan golongan sasar untuk jangka masa pendek dan panjang.