Pengaruh kepimpinan instruksional dan gaya komunikasi pengetua terhadap komitmen organisasi di Sekolah Menengah harian Perak

Kajian ini adalah bertujuan mengkaji pengaruh kepimpinan instruksional yang

diamalkan oleh pengetua serta mengenal pasti hubungan dengan amalan gaya

komunikasi pengetua terhadap komitmen organisasi sekolah menengah...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Mazlan Mohamad Zaki
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2023
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11101
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini adalah bertujuan mengkaji pengaruh kepimpinan instruksional yang

diamalkan oleh pengetua serta mengenal pasti hubungan dengan amalan gaya

komunikasi pengetua terhadap komitmen organisasi sekolah menengah harian di

negeri Perak. Kajian ini juga untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan

instruksional pengetua, tahap amalan gaya komunikasi pengetua dan tahap amalan

komitmen organisasi sekolah. Kajian ini turut mengenal pasti hubungan antara amalan

kepimpinan instruksional pengetua dengan gaya komunikasi pengetua dan komitmen

organisasi sekolah serta hubungan dengan jantina, lokasi tempat berkhidmat dan

tempoh perkhidmatan guru. Kajian kuantitatif ini menggunakan kaedah tinjauan

melibatkan soal selidik sebagai instrumen kajian dalam mengumpul data.

Pensampelan rawak berstrata dan pensampelan berkelompok digunakan untuk

mendapatkan maklumat daripada responden kajian seramai 374 orang guru sekolah

menengah harian di negeri Perak. Dapatan kajian menunjukkan tahap kepimpinan

instruksional adalah tinggi (M=3.68,SP=0.49), tahap gaya komunikasi pengetua pula

adalah sederhana (Min=2.98, S.P=0.57) manakala tahap komitmen organisasi adalah

sederhana (Min=2.97,S.P=0.61). Hasil kajian telah menunjukkan wujud hubungan

yang signifikan di antara kepimpinan instruksional dengan gaya komunikasi pengetua

(r=.421**,sig =0.000), gaya komunikasi pengetua dengan komitmen organisasi

(r=.352**, sig=0.000) dan kepimpinan instrusksional dengan komitmen organisasi

(r=.150**,sig=0.004). Seterusnya wujud hubungan yang signifikan bagi gaya

komunikasi pengetua sebagai pemboleh ubah mediator antara kepimpinan

instruksional dengan komitmen organisasi (Nilai koefisien=0.2367), komitmen afektif

(Nilai koefisien= 0.3720), komitmen berterusan (Nilai koefisien=0.2310) dan

komitmen normatif (Nilai koefisien=0.1389). Hasil kajian telah menyumbang kepada

perkembangan teori kepimpinan instruksional, gaya komunikasi pengetua dan

komitmen organisasi di sekolah. Kajian ini mencadangkan bagi memastikan

komitmen organisasi dipertingkatkan, maka aspek kepimpinan instruksional dan gaya

komunikasi pengetua hendaklah diberi perhatian oleh pihak-pihak yang berkaitan.