Pembangunan aplikasi ipad \"Digital Gamelan\" untuk pengajaran dan pembelajaran gamelan melayu tingkatan satu

Bahan sokongan pembelajaran atau alat bantu mengajar merupakan antara elemen tambahan yang penting

dalam membantu guru merealisasikan hasrat sesuatu kurikulum. Kajian ini bertujuan membangunkan satu

aplikasi peranti...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zulazri Yusof
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2020
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11220
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Bahan sokongan pembelajaran atau alat bantu mengajar merupakan antara elemen tambahan yang penting

dalam membantu guru merealisasikan hasrat sesuatu kurikulum. Kajian ini bertujuan membangunkan satu

aplikasi peranti mudah alih iPad yang diberi nama "Digital Gamelan" sebagai bahan bantu mengajar

(BBM) dan pengayaan bagi pengajaran dan pembelajaran Bidang Ensembel Muzik (Gamelan Melayu) untuk

pelajar Tingkatan 1. Objektif kajian ini pula adalah untuk (a) mengenal pasti kandungan aplikasi

"Digital Gamelan" yang bersesuaian dengan pelajar Tingkatan 1 (Permulaan), (b) mereka bentuk

aplikasi "Digital Gamelann untuk pelajar Tingkatan 1 (Permulaan) dan (c) menilai kebolehgunaan

aplikasi "Digital Gamelann untuk pelajar Tingkatan 1 (Permulaan). Model reka bentuk instruktional

multimedia ADDIE (m-ADDIE) telah digunakan sebagai model pembangunan aplikasi ini. Penyelidik

memulakan kajian Peringkat Satu (Analisis) dengan menggunakan reka bentuk kajian kualitatif melalui

analisis dokumen daripada tiga sukatan pelajaran yang berkaitan bagi mengenal pasti topik yang

sesuai dijadikan kandungan aplikasi "Digital Gamelan". Data kajian Peringkat Satu (Analisis)

dikembangkan pada Peringkat Dua (Pembangunan) dalam fasa pembangunan aplikasi. Manakala pada

Peringkat Tiga (Penilaian), reka bentuk kuantitatif digunakan bagi menilai kebolehgunaan aplikasi

yang telah siap dibangunkan melalui tiga orang pakar. Persetujuan pakar bagi aplikasi ini adalah

tinggi iaitu min = 3.75 (SP = 0.327). Hasil kajian mendapati gabungan elemen multimedia yang

interaktif seperti teks, grafik, animasi, bunyi, dan video telah menghasilkan aplikasi "Digital

Gamelan" yang sesuai dijadikan bahan pengayaan atau bahan bantu mengajar untuk pengajaran dan

pembelajaran Bidang Ensembel Muzik (Gamelan Melayu) bagi pelajar Tingkatan 1 (Permulaan).

Kesimpulannya, dapatan utama kajian ini menunjukkan bahawa aplikasi "Digital Gamelan" ini mempunyai

kebolehgunaan yang tinggi untuk pelajar Tingkatan 1. lmplikasi kajian pula menyarankan agar

aplikasi ini dapat digunakan oleh pihak sekolah sebagai bahan bantu mengajar untuk mata pelajaran

pendidikan muzik di mana BBM seperti dilihat kurang di pasaran.