Kesan penggunaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah terhadap pencapaian, kemahiran proses sains dan motivasi pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran biologi

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesan penggunaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah

(PBM) terhadap pencapaian, kemahiran proses sains dan motivasi pelajar dalam pengajaran dan

pembelajaran Biologi berb...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Suzilawati Shamsuddin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11350
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesan penggunaan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah

(PBM) terhadap pencapaian, kemahiran proses sains dan motivasi pelajar dalam pengajaran dan

pembelajaran Biologi berbanding pengajaran biasa (PB). Kajian ini juga mengumpul maklumat tentang

persepsi dan penerimaan pelajar dan guru terhadap pelaksanaan pembelajaran berasaskan masalah dalam

pengajaran dan pembelajaran Biologi. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan rekabentuk kuasi

eksperimen yang melibatkan 76 orang pelajar tingkatan 4 iaitu 37 dalam kumpulan rawatan dan 39

orang dalam kumpulan kawalan dan seorang guru Biologi dari sebuah sekolah di Daerah Kinta.

Pengumpulan data telah dijalankan melalui ujian pencapaian dan soal selidik motivasi yang telah

diberikan kepada semua pelajar manakala data bagi persepsi dan penerimaan guru dan pelajar

terhadap PBM diperolehi melalui soal selidik yang dikendalikan ke atas pelajar-pelajar dan guru

yang terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran PBM sahaja. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian

keseluruhan pelajar-pelajar yang mengikuti PBM adalah lebih tinggi dan signifikan secara statistik

jika dibandingkan dengan pencapaian keseluruhan pelajar-pelajar yang mengikuti pengajaran biasa.

Walaubagaimanapun analisis ANCOV A menunjukkan perbezaan pencapaian keseluruhan ini adalah

disumbang oleh dua aras sahaja iaitu pencapaian aras analisis dan penilaian. Dapatan kajian bagi

kemahiran proses sains menunjukkan kemahiran proses sains pelajar pelajar yang mengikuti PBM

adalah lebih tinggi dan signifikan secara statistik jika dibandingkan dengan kemahiran proses

sains pelajar-pelajar yang mengikuti pengajaran biasa. Analisis ANCOVA bagi kemahiran proses

sains pula menunjukkan terdapat perbezaaan secara statistik di antara pencapaian

pelajar-pelajar yang mengikuti PBM dengan pencapaian pelajar-pelajar yang mengikuti PB bagi aspek

membuat pemyataan masalah, membuat hipotesis dan menulis teknik. Dapatan kajian bagi tahap motivasi

menunjukkan terdapat perbezaaan yang signifikan secara statistik di antara komponen nilai

pembelajaran biologi, sasaran tingkah laku dan stimulasi persekitaran pembelajaran bagi

pelajar-pelajar yang mengikuti PBM dengan pencapaian pelajar-pelajar yang mengikuti PB.

Pelajar dan guru menunjukkan respons penerimaan yang positif terhadap pelaksanaan pendekatan PBM di

dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi.