Perlaksanaan penilaian berasaskan sekolah (PBS) bagi mata pelajaran prinsip perakaunan: satu kajian delphi

Bermula tahun 2010, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah memperkenalkan

penilaian berasaskan sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Pengenalan

PBS ini bertujuan untuk memastikan sistem penilaian d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Wan Mohd Helmi Wan Hanafi
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11400
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Bermula tahun 2010, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah memperkenalkan

penilaian berasaskan sekolah (PBS) bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan. Pengenalan

PBS ini bertujuan untuk memastikan sistem penilaian di negara kita berubah sejajar

dengan perubahan sistem pendidikan yang lebih dinamik dan holistik. Langkah ini

diperkenalkan kerana kelemahan dalam sistem penilaian berpusatkan peperiksaan yang

menyebabkan para peiajar dan guru terperangkap dengan teori dan soalan-soalan

peperiksaan yang lepas tanpa memahami secara praktikal apa yang dipelajari oleh

mereka. Justeru pengenalan PBS merupakan satu lagi transformasi dalam sistem

pendidikan negara kita bagi mencapai Falsafah Pendidikan Negara. Namun begitu,

pelaksanaan PBS bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan masih lagi di peringkat awal.

Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mendapatkan persetujuan dan kesepakatan panel

pakar tentang cadangan penambahbaikan PBS berdasarkan masalah-masaiah yang

dihadapi semasa pelaksanaan PBS. Pengkaji menggunakan kaedah Delphi untuk

mendapatkan hasil dapatan kajian. Teknik ini melibatkan tiga pusingan di mana pusingan

pertama melibatkan proses temu bual bagi membentuk instrumen kajian. Pusingan kedua

dan ketiga pula melibatkan proses soal selidik. Seramai 12 orang sampel yang terdiri

daripada guru-guru yang berpengalaman dan pakar dalam mata pelajaran Prinsip

Perakaunan terlibat dalam dua pusingan soal selidik tersebut.- Data daripada kajian Delphi

telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science 17.0 (SPSS

17.0) bagi memperolehi skor-skor median dan Julat Antara Kuartil (JAK). Skor median

dan Julat Antara Kuartil (JAK) menggambarkan tahap persetujuan dan kesepakatan di

kalangan panel pakar. Dapatan kajian ini telah mengenal pasti dua puluh isu

permasalahan dalam pelaksanaan PBS serta empat beias cadangan penambahbaikan

mengikut aspek-aspek yang ditetapkan. Antara aspek yang dikemukakan ialah aspek

pelajar, guru, pentadbir, prasarana, pengurusan fail, masa, ibu bapa, kewangan dan

pentaksiran. Kesimpulannya, kajian ini telah beijaya mengenalpasti masalah dalam

pelaksanaan PBS serta cadangan penambahbaikan mengikut perspektif pakar bagi

mcmastikan kejayaan pelaksanaan PBS.