Pembangunan kerangka keperluan perancangan penawaran program pengajian di Politeknik Malaysia

Kajian lepas menunjukkan isu ketidakpadanan penawaran program pengajian di

politeknik dengan permintaan pihak berkepentingan menyebabkan program pengajian

dianggap tidak relevan dengan keperluan industri semasa. Ole...
Saved in:
Main Author: | |

Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2023

Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11427 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!

Summary: |
Kajian lepas menunjukkan isu ketidakpadanan penawaran program pengajian di

politeknik dengan permintaan pihak berkepentingan menyebabkan program pengajian

dianggap tidak relevan dengan keperluan industri semasa. Oleh itu, tujuan kajian ini

adalah untuk membangunkan kerangka baharu keperluan perancangan penawaran

program pengajian di politeknik. Teori Pihak Berkepentingan dan Model Elemen

Organisasi telah digunakan untuk mengukur dimensi perancangan. Kajian ini

menggunakan pendekatan reka bentuk dan pembangunan (DDR) oleh Richey dan Klein

yang melibatkan tiga fasa penilaian keperluan, reka bentuk dan pembangunan serta

penilaian. Sampel kajian terdiri daripada 20 pakar bidang dan 30 pentadbir politeknik.

Instrumen kajian terdiri daripada protokol temu bual dan soal selidik. Kesahan konstruk

soal selidik telah disahkan oleh 5 orang pakar dan indeks kebolehpercayaan soal selidik

berdasarkan Alfa Cronbach adalah 0.97. Dalam fasa pertama, pakar bersetuju bahawa

kerangka baharu perancangan penawaran program pengajian diperlukan. Data daripada

fasa kedua pula menunjukkan tiga dimensi utama perancangan iaitu keperluan input,

keperluan proses, dan keperluan permintaan perlu dipertimbangkan oleh pihak

pentadbir politeknik. Novelti kajian boleh dilihat daripada elemen baharu yang didapati

berdasarkan dimensi permintaan iaitu laluan fleksibel, keunikan program pengajian,

kurikulum yang komprehensif serta selari dengan trend permintaan pasaran pekerjaan

semasa dengan jangkaan pekerjaan masa hadapan. Fasa terakhir iaitu fasa penilaian

mendapati satu kerangka baharu yang mengintegrasikan tiga dimensi perancangan telah

dipersetujui oleh 30 pentadbir politeknik yang terlibat dalam kajian ini.

Kesimpulannya, dapatan utama kajian menunjukkan satu kerangka baharu perancangan

program politeknik telah dapat dibangunkan berdasarkan data empirikal kajian.

Implikasi kajian adalah kerangka ini dapat diaplikasikan dalam sistem politeknik di

Malaysia yang dijangka akan dapat membantu pihak pentadbir politeknik dalam

merancang dan menawarkan program pengajian yang relevan serta memenuhi

keperluan pihak berkepentingan dalam ekosistem TVET.