Pengaruh sikap, norma subjektif dan persepsi kawalan tingkah laku terhadap pengurusan sisa domestik lestari di petempatan pinggir laut, Kampung Budaya Pasir Putih, Tawau

Tujuan kajian ini adalah untuk menilai pengaruh sikap, norma subjektif, persepsi

kawalan tingkah laku dan niat terhadap pelaksanaan pengurusan sisa domestik

secara lestari dalam kalangan penduduk di petempatan pingg...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Borhan Tahere
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2024
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11439
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan kajian ini adalah untuk menilai pengaruh sikap, norma subjektif, persepsi

kawalan tingkah laku dan niat terhadap pelaksanaan pengurusan sisa domestik

secara lestari dalam kalangan penduduk di petempatan pinggir laut. Kajian ini

mengadaptasi teori tingkah laku terancang yang diasaskan oleh Ajzen dan telah diberi

penambahan oleh Munro. Pendekatan kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk

kajian tinjauan telah digunakan dalam kajian ini. Pemilihan responden menggunakan

kaedah persampelan rawak mudah yang melibatkan seramai 110 orang ketua isi

rumah yang tinggal sekitar radius 50 meter dari pinggir laut di Kampung Budaya Pasir

Putih, Tawau. Intrumen kajian ini menggunakan borang soal selidik yang

mengandungi enam bahagian dan sebanyak 57 soalan. Data dianalisis menggunakan

analisis deskriptif dan inferensi. Analisis deskriptif menjelaskan taburan kekerapan dan

peratus latar belakang responden serta tahap setiap pembolehubah. Manakala

analisis inferensi menggunakan analisis korelasi dan regresi yang menjelaskan

hubungan antara pembolehubah. Dapatan menunjukkan bahawa tahap sikap

(min=4.66), norma subjektif (min=4.28), persepsi kawalan tingkah laku (min=4.46) dan

pelaksanaan (min=4.40) penduduk berada pada tahap tinggi. Dapatan juga

menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan yang kuat antara sikap (r=0.618)

dan persepsi kawalan tingkah laku (r=0.632), tetapi norma subjektif (r=0.275) didapati

mempunyai hubungan yang lemah dengan niat untuk menguruskan sisa domestik

secara lestari. Kajian ini juga mendapati bahawa kesemua pemboleh ubah mempunyai

pengaruh yang signifikan terhadap pelaksanaan pengurusan sisa domestik secara

lestari. Kesimpulannya, tingkah laku penduduk di petempatan pinggir laut

keseluruhanya baik dan mampu memastikan sisa domestik diurus secara lestari.

Implikasi kajian ini menunjukkan bahawa kewujudan sisa domestik bukanlah berpunca

daripada tingkah laku penduduk sepenuhnya, tetapi disumbangkan juga oleh faktor

lain yang memerlukan kajian secara komprehensif serta perhatian daripada pelbagai

pihak secara menyeluruh.