Pengukuran kualiti pengajaran guru Prinsip Akaun berasaskan ASSETBase versi 2.0 : Importance- Performance analysis

Tujuan utama penyelidikan adalah untuk untuk mengukur kualiti pengajaran guru Prinsip

Akaun dalam mengintegrasikan penggunaan perisian ASSETBase Versi 2.0 di sekolah

dengan mengaplikasikan teknik Analisis Importance...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Arfah Hanum Anuar
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2007
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11492
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Tujuan utama penyelidikan adalah untuk untuk mengukur kualiti pengajaran guru Prinsip

Akaun dalam mengintegrasikan penggunaan perisian ASSETBase Versi 2.0 di sekolah

dengan mengaplikasikan teknik Analisis Importance-Performance (IPA). Untuk itu

kajian cuba memahami Kepentingan dan Prestasi berdasarkan persepsi pelajar terhadap

pengajaran guru Prinsip Akaun; seterusnya bagaimana persepsi tersebut memberi kesan

terhadap pandangan pelajar terhadap keseluruhan kualiti pengajaran guru, perasaan

mereka terhadap bimbingan dan tunjuk ajar guru dalam pengajaran perisian, dan ke atas

pencapaian akademik pelajar. Kajian dijalankan di Daerah Kinta, Perak dan melibatkan

empat buah sekolah (n=152) di mana kaedah tinjauan digunakan. Data dianalisis dengan

menggunakan: analisis frekuensi, perbandingan min, (ujian-t tidak bersandar, ujian-t

berpasangan dan one-way ANOVA), analisis Importance-Performance (IPA), analisis

faktor, analisis korelasi dan analisis regresi. IPA dijalankan untuk membandingkan

Kepentingan dan Prestasi atribut pengajaran di antara kategori sekolah dan di antara

jantina responden. Perbezaan Kepentingan bagi sekolah terkawal dengan sekolah harian

adalah tidak signifikan; manakala perbezaan Prestasinya adalah signifikan. Perbezaan

Kepentingan bagi responden lelaki dengan perempuan adalah tidak signifikan, manakala

perbezaan Prestasinya adalah signifikan. Analisis faktor menghasilkan tiga dimensi

pengajaran. Matriks IPA mengenalpasti dimensi yang memerlukan pembaikan dan

cadangan untuk pembaikan diutarakan. Dapatan ANOVA menunjukkan terdapat

perbezaan signifikan antara keturunan berkaitan Kepentingan dan Prestasi pengajaran

guru. Hasil analisis korelasi mendapati hubungan yang lemah di antara dimensi prestasi

dengan pencapaian akademik responden. Kajian menunjukkan hanya dimensi

Pengurusan Makmal Komputer dapat memberi impak ke atas pandangan pelajar terhadap

keseluruhan pengajaran guru, dan perasaan mereka terhadap bimbingan dan tunjuk ajar

guru dalam pengajaran perisian; dan tidak ada dimensi prestasi yang memberi impak ke

atas pencapaian akademik pelajar. Dapatan analisis regresi membuktikan hanya satu

dimensi sahaja yang merupakan predictor yang signifikan iaitu Dimensi Pengurusan

Makmal Komputer.