Menentukan kesahan dan kebolehpercayaan MSLQ versi Bahasa Melayu dalam mengukur tahap motivasi dan pembelajaran regulasi kendiri

Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen

Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) versi Bahasa Melayu dalam

mengukur tahap motivasi dan pembelajaran regulasi kendiri...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Fakhruddin Khosim
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2012
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11519
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen

Motivated Strategies for Learning Questionnaire (MSLQ) versi Bahasa Melayu dalam

mengukur tahap motivasi dan pembelajaran regulasi kendiri daJam kalangan pelajar

pelajar sekolah menengah. Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk melihat perkaitan

di antara motivasi dan pembelajaran regulasi kendiri dengan pencapaian akademik.

Instrumen soal selidik MSLQ asal dalam Bahasa Inggeris yang dibina oleh Pintrich & De

Groot (1990) telah diteijemahkan kepada bahasa Melayu dengan kaedah terjemahan

semula untuk kegunaan pelajar-pelajar Malaysia. Sejumlah 711 orang responden yang

terdiri dari pelajar-pelajar Tingkatan Empat di 10 buah sekolah teknik di negeri Perak

terlibat untuk kajian ini. Data dianalisis dengan menggunakan perisian 'Statistical

Packages for the Social Science (SPSS) versi 15. Analisis deskriptif, kolerasi, analisis

faktor dan analisis regressi linear berganda telah dilakukan ke atas data yang dikumpul.

Keputusan menunjukkan secara keseluruhan instrumen MSLQ versi Bahasa Melayu

mempunyai kebolehercayaan yang tinggi seperti yang ditunjukkan oleh Cronbach Alpha

dan Analisis Faktor. Nilai ketekalan dalaman Cronbach Alpha yang diperolehi ialah 0.86

bagi motivasi dan 0.84 bagi pembelajaran regulasi kendiri. Kesahan konstruk bagi

instrumen ini juga tinggi dengan tiga faktor atau konstruk dan dua faktor diekstrak secara

nyata daripada pembolehubah motivasi dan dua konstruk daripada pembelajaran regulasi

kendiri (muatan faktor > 0.3), sama seperti instrumen asal dalam versi Bahasa Inggeris.

Dapatan juga menunjukkan terdapat perkaitan signifikan antara pembelajaran regulasi

kendiri dengan pencapaian akademik. Namun begitu sumbangan motivasi kepada

pencapaian akademik didapati tidak signifikan pada aras keyakinan 95 peratus (a = 0.05).

Keputusan ini menunjukkan bahawa MSLQ versi BM adalah instrumen yang baik bagi

mengukur tahap motivasi dan pembelajaran regulasi kendiri pelajar di Malaysia.