Corak penglibatan ibu bapa dalam konteks tiga jenis pendidikan prasekolah: prasekolah Sekolah Kebangsaan, Tabika KEMAS dan prasekolah swasta

Objektif utama kajian ini ialah untuk melihat dan membandingkan corak penglibatan

ibubapa dalam pendidikan di prasekolah anak-anak mereka. Penglibatan ibu bapa ini

dikaji di tiga jenis prasekolah, iaitu sebuah prase...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Hassan Azahari Yunus
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2007
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11525
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:
Objektif utama kajian ini ialah untuk melihat dan membandingkan corak penglibatan

ibubapa dalam pendidikan di prasekolah anak-anak mereka. Penglibatan ibu bapa ini

dikaji di tiga jenis prasekolah, iaitu sebuah prasekolah Sekolah Kebangsaan, sebuah

Tabika Kemas dan sebuah prasekolah swasta. Kajian terhadap amalan ibu bapa dan

guru-guru dalam kepelbagaian dimensi penglibatan ibu bapa ini disesuaikan daripada

tipologi Epstein sementara analisis terhadap bentuk hubungan, penglibatan dan tahap

perkongsian peranan ibu bapa dan guru yang wujud di ketiga-tiga prasekolah tersebut

dirumuskan pula mengikut model Wolfendale. Dapatan kajian menunjukkan terdapat

perbezaan penglibatan ibu bapa akibat daripada perbezaan latar kelas sosio ekonomi ibu

bapa, latar ikhtisas guru tadika , dan corak organisasi prasekolah. Keputusan kajian juga

mendapati hanya bentuk hubungan yang minima, penglibatan yang sederhana dan tiada

berlakunya perkongsian antara ibu bapa dengan guru dalam pendidikan prasekolah

Sekolah Kebangsaan dan prasekolah swasta. Manakala di Tabika KEMAS pula

berlakunya bentuk hubungan yang sederhana, penglibatan yang agak banyak dan

terdapatnya perkongsian antara ibu bapa dengan guru. Perbezaan struktur organisasi

dalam konteks tiga jenis prasekolah yang dikaji menunjukkan prasekolah Sekolah

Kebangsaan terikat dengan karenah birokrasi dan penuh dengan pelbagai prosedur telah

mewujudkan hubungan yang formal antara ibu bapa dengan guru. Di Tabika KEMAS,

hubungan yang wujud antara ibu bapa dengan guru lebih didapati lebih mesra kerana

penubuhan Tabika KEMAS ialah berdasarkan permintaan ahli masyarakat. Sikap saling

memerlukan antara ibu bapa dan guru demi kebajikan pendidikan kanak-kanak telah

mencetuskan suasana yang lebih terbuka dan penglibatan ibu bapa yang lebih aktif.

Sementara hubungan dan penglibatan ibu bapa di prasekolah swasta lebih berbentuk

kepada hubungan antara pembekal dengan pelanggan, di mana ibu bapa menganggap

prasekolah sebagai pembekal pendidikan yang boleh dibeli perkhidmatannya. Manakala

pihak prasekolah pula menganggap ibu bapa dan anak-anak hanya sebagai pelanggan

kepada perkhidmatan yang disediakan.