Kepimpinan Transformatif dan hubungannya dengan kecemerlangan sekolah
<p>Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menyorot stail Kepimpinan Transformatif (KT) dan hubungannya dengan kecemerlangan sekolah, di tiga buah sekolah terpilih di Daerah Larut Matang & Selama (DLM&S), Perak. Fokus kajian ini ialah untuk melihat jantina dan pengalaman P...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2005
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11526 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | <p>Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menyorot stail Kepimpinan Transformatif (KT) dan hubungannya dengan kecemerlangan sekolah, di tiga buah sekolah terpilih di Daerah Larut Matang & Selama (DLM&S), Perak. Fokus kajian ini ialah untuk melihat jantina dan pengalaman Pengetua dengan amalan KT lima dimensi (Karismatik, Cetusan Ilharn Misi dan Visi, Dorongan Intelektual, Timbang Rasa dan Kurang Kekangan) dengan kecemerlangan Pengurus Pendidikan Sekolah, dimensi yang paling digemari, hubungan antara lima dimensi KT dengan kecemerlangan Sekolah, melihat perbezaan lima dimensi KT dengan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum, dimensi dominan yang diamalkan dengan kecemerlangan sekolah, faktor jantina dan pengalarnan Pengetua dengan kecemerlangan sekolah. Penyelidikan ini dijalankan selarna tiga bulan ke atas sampel seramai 160 orang pendidik. Semua data yang diperoleh telah diproses dengan menggunakan program Statistical Package for Sosial Science (SPSS) for Window Release11.5. Penganalisisa data menggunakan Ujian-t (T-test), Varian SehalaANOVA, Ujian Post-Hoc ANOVA Tukey, Kekerapan (Frekuensi), Peratusan dan Kolerasi Pearson. Penyelidikanini berjaya melihat terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dan pengalaman Pengetua dengan amalan KT, lima dimensi KT dengan kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum serta terdapat hubungan yang signifikan dimensi dominan dengan kecemerlangan sekolah. Penyelidikan ini juga telah berjaya melihat dimensi digemari iaitu dimensi Karismatik (f=24), (15%) dan Rangsangan Intelektual (f=22), (13.3%), manakala untuk melihat hubungan yang signifikan antara kelima-lima dimensi KT, dapatan telah memperlihatkan terdapat hubungan yang signifikan terhadap kelima = lima dimensi KT iaitu Karismatik (r =.263), Cetusan Ilham Misi dan Visi (r=.228) Singnifikan (p<0.05), serta Rangsangan Intelektual (r = .324), manakala bagi dimensi Timbang Rasa (r=.178) dan Kekangan (r=.173). Kesimpulannya, amalan staiI KT ini belum meluas dan kurang dipraktikkan ooleh pengurus pendidikan sekolah. Oleh itu, gaya KT ini perlu disebarluaskan kepada pengurus pendidikan sekolah agar pengetua dapat mengadun dan memadankan stail kepimpinan ini dalam mentadbir dan mengurus organisasi pendidikan di bawah kepemimpinan mereka.</p> |
---|