Kompetensi Pengetua sebagai pemimpin pengajaran di sekolah menengah daerah Hulu Selangor Selangor

<p>Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kornpetensi yang dimiliki oleh Pengetua sebagai pemimpin pengajaran. Kajian ini juga memperlihatkan perbezaan antara tahap kompetensi dengan keperluan kompetensi. Tahap kompetensi di sini berdasarkan ciri-ciri latarbelakang dan hubungan anta...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rosnah Zali
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2005
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11543
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kornpetensi yang dimiliki oleh Pengetua sebagai pemimpin pengajaran. Kajian ini juga memperlihatkan perbezaan antara tahap kompetensi dengan keperluan kompetensi. Tahap kompetensi di sini berdasarkan ciri-ciri latarbelakang dan hubungan antara tahap, dilihat juga keutamaan kompetensi mengikut persepsi Pengetua dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin pengajaran. Pengumpulan data dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada guru guru dari enam buah sekolah di Daerah Hulu Selangor. Kompetensi yang di kenal pasti meliputi bidang iaitu Kurikulum dan Pengajaran, Penyeliaan dan Penilaian Pengajaran, Perkembangan Staf, Hubungan Interpesonal, Motivasi Staf dan Pengurusan Sekolah. Untuk Penganalisaan data menggunakan Kaedah diskriptif (kekerapan dan min) serta inferential (Ujian-t, Anova sehala dan Korelasi Pearson). Hasil Kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan (p>O.05) di antara kompetensi dengan kepimpinan pengajaran pengetua, hubungan antara kompetensi kepimpinan pengajaran guru dengan tempoh perkhidmatan pengetua(p>O.05), hubungan antara tanggapan guru dengan kompetensi pengetua (p>O.05). Selain dari itu hasil kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan (p<O.05) terhadap hubungan antara kompetensi kepimpinan pengajaran pengetua dengan tanggapan guru dan hubungan antara kompetensi yang guru perlukan dengan kompetensi pengetua (p<O.05). OIeh itu Pengetua dalam menjalankan tugas sebagai Pemimpin dan tunggak utama di sekolah perlu meningkatkan kompetensi mereka dengan menghadiri kursus dan latihan mengikut keperluan kompetensi selari dengan era globalisasi ini.</p>