Persepsi guru terhadap kepuasan kerja : kajian di Sekolah Menengah Daerah Lenggong, Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja dan faktor-faktor yang

mempengaruhi kepuasan kerja guru sekolah menengah Daerah Lenggong, Hulu Perak. Faktor demografi

seperti umur, jantina, bangsa,...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Rosli Yusof
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2005
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11570
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan kerja dan faktor-faktor yang

mempengaruhi kepuasan kerja guru sekolah menengah Daerah Lenggong, Hulu Perak. Faktor demografi

seperti umur, jantina, bangsa, gaji, pengalaman mengajar dan taraf perkahwinan manakala aspek dalam

kepuasan kerja ialah kepuasan terhadap suasana pekerjaan, kepuasan terhadap teman sekerja, kepuasan

terhadap gaji , kepuasan terhadap kenaikan pangkat dan kepuasan terhadap penyeliaan pengetua.

Kajian ini melibatkan 65 orang guru sekolah menengah di tiga buah sekolah di Daerah Lenggong, Hulu

Perak. Kajian ini menggunakan soal selidik yang terdapat dalam 'Job Descriptive Index' (JDI). Set

soalan soal selidik mengandungi 58 soalan yang berkaitan dengan aspek kepuasan kerja yang

menggunakan lima skala Likert.

Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik deskriptif dan statistik

inferensi. Terdapat enam hipotesis telah dibentuk dan telah diuji dengan menggunakan Analisis

Varians Sehala (ANOVA) dan Ujian-t.

Hasil kajian telah menunjukkan tahap kepuasan kerja bagi aspek penyeliaan adalah tinggi,

manakala dalam aspek pekerjaan, teman sekerja dan kenaikan pangkat pada tahap sederhana. Bagi aspek

gaji, tahap kepuasan kerja adalah rendah. Hasil kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan

yang signifikan antara faktor kategori gaji, pengalaman mengajar, umur, kumpulan bangsa, jantina

dan taraf perkahwinan terhadap

aspek kepuasan kerja.