Tekanan kerja, kebimbangan dan efikasi kendiri dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling sepenuh masa di sekolah menengah negeri Perak

<p>Kajian ini bertujuan mengukur tahap tekanan kerja, kebimbangan dan efikasi kendiri dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) sepenuh masa di sekolah menengah negeri Perak. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk mengukur perbezaan tahap tekanan kerja, tahap kebimbangan d...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Kamil Nasuruddin Darus
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2010
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11583
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:<p>Kajian ini bertujuan mengukur tahap tekanan kerja, kebimbangan dan efikasi kendiri dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling (GBK) sepenuh masa di sekolah menengah negeri Perak. Selain itu kajian ini juga bertujuan untuk mengukur perbezaan tahap tekanan kerja, tahap kebimbangan dan tahap efikasi kendiri berdasarkan faktor jantina dan pengalaman kerja GBK. Seterusnya, kajian ini juga dijalankan untuk mengukur hubungan antara tekanan kerja, kebimbangan dan efikasi kendiri. Kajian ini dijalankan secara tinjauan ke atas 249 GBK sekolah menengah sepenuh masa di negeri Perak. Pengumpulan data secara persampelan rawak mudah mengunakan Soal Selidik Tekanan Kerja (Job Stress Indicator) oleh Spielberger dan Vagg (1983), Inventori Kebimbangan Keadaan dan Tret (State Trait Anxiety Inventory) oleh Speilberger et al. (1970) dan Soal Selidik Efikasi Kendiri Kaunselor (Counseling Self-Efficacy Scale) oleh Johnson et al. (1989). Penganalisaan data telah dijalankan secara deskriptif dan inferensi mengunakan peratusan, Ujian t dan Kolerasi Pearson pada nilai aras kesignifikanan .05. Dapatan kajian menunjukkan tahap tekanan kerja GBK adalah sederhana manakala tahap kebimbangan dan efikasi kendiri GBK adalah tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara tekanan kerja dan efikasi kendiri GBK berdasarkan jantina manakala tahap kebimbangan berdasarkan jantina tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Dapatan juga menunjukan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara tekanan kerja, kebimbangan dan efikasi kendiri berdasarkan tempoh pengalaman kerja. Selain itu, dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara tekanan kerja dengan kebimbangan dan terdapat juga hubungan yang signifikan di antara tekanan kerja dengan efikasi kendiri. Sementara itu, tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara kebimbangan dengan efikasi kendiri.</p>