Kesediaan, efikasi dan sikap guru prasekolah terhadap pendidikan STEM dalam tunjang Sains dan Teknologi

<p>Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kesediaan, efikasi dan sikap guru prasekolah dalam mengintegrasikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) dalam pengajaran dan pembelajaran tunjang Sains dan Teknologi. Kajian tinjauan ini melibatkan pengumpulan data se...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Mohanasundari Jeganathan
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2017
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11584
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Kajian ini bertujuan mengenal pasti tahap kesediaan, efikasi dan sikap guru prasekolah dalam mengintegrasikan pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) dalam pengajaran dan pembelajaran tunjang Sains dan Teknologi. Kajian tinjauan ini melibatkan pengumpulan data secara kuantitatif dan secara kualitatif. Seramai 250 guru prasekolah dari sepuluh daerah di negeri Perak terlibat sebagai sampel bagi borang menjawab soal selidik. Manakala, seramai 10 orang guru prasekolah dari negeri Perak terlibat sebagai sampel bagi temu bual. Analisis deskriptif menjelaskan tahap kesediaan, efikasi dan sikap guru prasekolah terhadap penginterasian pendidikan STEM dalam tunjang Sains dan Teknologi. Hasil dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan, efikasi dan sikap guru prasekolah adalah berada di tahap tinggi terhadap pengintegrasian pendidikan STEM dalam tunjang Sains dan Teknologi. Dapatan kajian daripada temu bual menjelaskan faktor-faktor yang mengakibatkan kesediaan, efikasi dan sikap guru prasekolah terhadap pengintegrasian pendidikan STEM dalam pengajaran dan pembelajaran tunjang Sains dan Teknologi. Kesimpulannya, guru prasekolah bersedia, berefikasi dan bersikap positif untuk melaksanakan pengintegrasian pendidikan STEM dalam tunjang Sains dan Teknologi. Implikasi kajian menunjukkan guru prasekolah memerlukan program-program peningkatan profesionalisme berkaitan pengintegrasian pendidikan STEM dalam tunjang Sains dan Teknologi terutamanya tentang kaedah mengintegrasikan pendidikan STEM secara efektif di prasekolah.</p>