Stail kepimpinan guru besar sekolah rendah dan hubungannya dengan tekanan kerja guru di daerah Kota Bharu, Kelantan

Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara stail kepimpinan Guru Besar

dengan tekanan kerja guru. Kajian ini khususnya mengenalpasti korelasi antara stail

kepimpinan dimensi pendayautamaan struktur atau tim...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Shamsuddin Mat Yaacob
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2005
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11708
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:
Kajian ini bertujuan untuk meninjau hubungan antara stail kepimpinan Guru Besar

dengan tekanan kerja guru. Kajian ini khususnya mengenalpasti korelasi antara stail

kepimpinan dimensi pendayautamaan struktur atau timbang rasa dengan tekanan kerja

guru. Kajian ini juga meninjau perbezaan stail kepimpinan Guru Besar berdasarkan faktor

demograhi seperti jantina, umur, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar. Sejumlah

346 orang guru dari lapan buah sekolah rendah di daerah Kota Bharu, Kelantan menjadi

responden kajian. Alat ukur Leader Behaviour Questionnaire (LBDQ) digunakan untuk

mengukur stail kepimpinan dimensi pendayautamaan struktur atau dimensi timbang rasa.

Alat ukur Teacher Job Stress Questionnaire (TJSQ) digunakan untuk mengukur enam

faktor tekanan kerja guru iaitu salah laku pelajar, kekangan masa, pengiktirafan

professional, kekaburan peranan dan konflik peranan. Sampei kajian dipilih secara rawak

berstrata. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan bantuan perisian komputer melalui

program SPSS PC 11.5 for Windows. Dua jenis statistik digunakan untuk memproses

data. Statistik deskriptif melibatkan pengukuran frekuensi, skor min, sisihan piawai dan

peratusan manakaia statistik inferensi melibatkan Pekali Korelasi Pearson, ANOVA Satu

Hala dan Ujian-t. Aras kesignifikanan p<0.05 telah menghasilkan keputusan berikut: 1)

Tekanan kerja guru berada pada tahap sederhana. 2) Stail kepimpinan Guru Besar tidak

mempunyai hubungan signifikan dengan tekanan kerja guru. 3) Dimensi pendayautamaan

struktur tidak mempunyai hubungan yang signitikan dengan tekanan kerja guru. 4)

Dimensi timbang rasa tidak mempunyai hubungan yang signifikan dengan tekanan kerja

guru. 5) Ciri-ciri demografi seperti jantina, kelulusan akademik, umur, dan pengalaman

mengajar tidak mempengaruhi penilaian guru terhadap stail kepimpinan Guru Besar.

Dicadangkan supaya kajian-kajian lanjutan dapat dijalankan bagi menambahkan

pembolehubah lain seperti iklim sekolah, kepuasan kerja, motivasi guru, prestasi guru,

dan komitmen guru untuk mendapatkan data yang lebih tepat dan konkrit