Kajian pembangunan persepsi guru pelatih terhadap penggunaan Chemibonds Card bagi subtopik ikatan ion dan kovelen tingkatan 4

<p>Kajian ini bertujuan untuk membangunkan alat bantu mengajar Chemibonds Card bagi subtopik ikatan ion dan kovalen serta mengkaji persepsi guru pelatih terhadap penggunaan Chemibonds Card bagi subtopik ikatan ion dan kovalen Tingkatan 4. Proses pembangunan Chemibonds Card yang berasas...

全面介绍

Saved in:
书目详细资料
主要作者: Siti Fatimah Nazlia Ruslan
格式: thesis
语言:zsm
出版: 2023
主题:
在线阅读:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=11740
标签: 添加标签
没有标签, 成为第一个标记此记录!
实物特征
总结:<p>Kajian ini bertujuan untuk membangunkan alat bantu mengajar Chemibonds Card bagi subtopik ikatan ion dan kovalen serta mengkaji persepsi guru pelatih terhadap penggunaan Chemibonds Card bagi subtopik ikatan ion dan kovalen Tingkatan 4. Proses pembangunan Chemibonds Card yang berasaskan permainan ini menggunakan model ADDIE sebagai model reka bentuk instruksi. Kajian ini melibatkan seramai 97 orang pelajar yang mengambil jurusan ISMP Kimia bagi Semester 5 dan 6. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah alat bantu mengajar Chemibonds Card, borang kesahan Chemibonds Card, borang kesahan soal selidik dan borang soal selidik persepsi yang menggunakan skala Likert empat mata. Kesahan Chemibonds Card dilakukan oleh dua orang pensyarah jabatan Kimia dan dua orang pensyarah dari Fakulti Seni Komputeran Industri Kreatif. Nilai kesahan yang diperoleh masing-masing adalah 0.689 dan 1.0. Bagi kesahan borang soal selidik pula, dilakukan oleh dua orang pensyarah dari Jabatan Pendidikan dengan nilai diperoleh 0.931. Manakala nilai kebolehpercayaan yang direkodkan adalah sebanyak 0.867. Data yang diperoleh dan dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif untuk mendapatkan nilai min, peratusan kekerapan dan sisihan piawai. Purata min bagi setiap konstruk adalah 3.45 (reka bentuk), 3.89 (kandungan) dan 3.88 (kebolehgunaan). Hal ini menunjukkan penggunaan Chemibonds Card dalam PdPc mendapat persepsi positif daripada sampel kajian ini. Implikasi kajian ini, Chemibonds card sesuai digunakan sebagai alat bantu mengajar bagi proses PdPc di dalam kelas.</p><p>Kata kunci: persepsi; alat bantu mengajar; ikatan ion; ikatan kovalen; guru pelatih; kimia</p>