Analisis leksikal budaya dalam rimba harapan dan terjemahannya La Jungle de l'Espoir (IR)
Penterjemahan adalah satu bidang ilmu yang semakin berkembang. Penterjemahan karya sastera merupakan bidang yang penting sebagai penghubung antara dua budaya, untuk memperkenalkan budaya asing kepada pembaca yang mempunyai amalan budaya yang berbeza. Seiring dengan tujuan tersebut banyak karya saste...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2014
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1193 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Penterjemahan adalah satu bidang ilmu yang semakin berkembang. Penterjemahan karya sastera merupakan bidang yang penting sebagai penghubung antara dua budaya, untuk memperkenalkan budaya asing kepada pembaca yang mempunyai amalan budaya yang berbeza. Seiring dengan tujuan tersebut banyak karya sastera tempatan yang diterjemahkan ke dalam bahasa Perancis antaranya Salina, Ngayau, Hari-hari terakhir seorang seniman dan tidak terkecuali Rimba Harapan salah satu karya terkenal Keris Mas yang telah diterjemahkan sebagai 'La Jungle de l'Espoir'. Bahasa Melayu dan bahasa Perancis sangat berbeza baik dari segi bahasa mahupun budaya. Sehubungan dengan itu objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti leksikal budaya dan menganalisis persamaan dan perbezaan leksikal budaya menggunakan analisis komponen makna. Seterusnya pengkaji juga mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi persamaan dan perbezaan leksikal budaya antara bahasa Perancis dan bahasa Melayu. Hasil analisis komponen makna menunjukkan sememangnya wujud perbezaan antara leksikal budaya bahasa Melayu dan bahasa Perancis. Antara faktorfaktor yang mempengaruhi persamaan dan perbezaan adalah selain daripada aspek kemahiran penterjemah itu sendiri, perbezaan dua budaya juga mewujudkan jurang leksikal. Dalam menangani masalah ini, peranan penterjemah amat penting dalam penterjemahan leksikal budaya. Katakunci: Leksikal budaya, terjemahan, semantik, bahasa Perancis, bahasa Melayu |
---|