Pencirian filem nipis kaliksarina didop dengan nanotiub karbon untuk pengesanan ion Cd2+ (IR)
Tujuan utama kajian ini adalah mengkaji kesan pengaruh pendopan nanotiub karbon (NTK) ke atas struktur dua jenis kaliks[8]arina dengan menggunakan kaedah salutan berputar. Sampel kaliks[8]arina + NTK dalam bentuk filem nipis disediakan melalui pencampuran kaliks[8]arina dengan NTK di mana kaliks[8]a...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2016
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1195 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Tujuan utama kajian ini adalah mengkaji kesan pengaruh pendopan nanotiub karbon (NTK) ke atas struktur dua jenis kaliks[8]arina dengan menggunakan kaedah salutan berputar. Sampel kaliks[8]arina + NTK dalam bentuk filem nipis disediakan melalui pencampuran kaliks[8]arina dengan NTK di mana kaliks[8]arina dilarutkan dalam kloroform terlebih dahulu dan memberi kepekatan 0.2 mg/ml. Pada permulaan kajian, sifat-sifat molekul kaliks[8]arina melalui penghasilan filem Langmuir telah dikaji dan dibincangkan dari segi tekanan permukaan-kawasan (-A) isoterma tanpa NTK. Seterusnya, filem nipis yang dihasilkan melalui kaliks[8]arina didopkan dengan NTK telah dianalisis dengan menggunakan mikroskop elektron pengimbas pancaran medan (FESEM), mikroskop elektron penghantar (STEM), spektroskopi Raman dan penduga empat titik dalam menentukan ciri-ciri arus-voltan dan kekonduksian sampel. Keupayaan permukaan (V) juga turut dilakukan untuk menentukan keupayaan sampel dalam pengaliran elektron. Hasil kajian FESEM dan STEM menunjukkan kaliks[8]arina yang dikompositkan bersama NTK telah menambahkan diameter NTK dengan nilai 41.6 nm bagi kaliks[8]arina I dan 45.3 nm bagi kalik[8]arina II. Hasil dapatan daripada analisis Raman juga menunjukkan nisbah keamatan semakin meningkat dengan sampel yang telah dikompositkan iaitu 0.93 (kaliks[8]arina I) dan 1.01 (kaliks[8]arina II) bagi sampel yang dihasilkan pada nisbah 2:1. Seterusnya, dengan pertambahan nisbah pendopan NTK pada kaliks[8]arina ini, keupayaan permukaan (V) juga semakin bertambah. Justeru, kekonduksian sampel nanokomposit turut bertambah dengan bacaan 3.0116x10-4 n- -1m-1 (kaliks[8]arina I) dan 9.3322x -1m-1 (kaliks[8]arina II) berbanding sampel tanpa NTK. Sampel nanokomposit kalik[8]sarina + NTK juga telah diuji keupayaannya dalam larutan ion Cd2+. Berdasarkan pengujian ini, pendopan NTK ke atas kaliks[8]arina telah meningkatkan kadar pengesanan ion Cd2+ di mana kaliks[8]arina yang dikompositkan bersama NTK telah membuka lebih besar kawasan kaviti yang mendorong lebih banyak ion Cd2+ dikesan. Kesimpulannya, pengesanan terhadap ion Cd2+ oleh sampel nanokomposit ini memberi hasil kajian yang baik dan implikasi daripada kajian ini memberi peluang yang cerah dalam pembangunan penderia yang berkebolehan mengesan pencemaran logam berat dalam air. |
---|