Kesedaran tentang isu buli dalam kalangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan, kesedaran, dan kesediaan berhadapan isu buli, serta pandangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) mengenai langkah-langkah berkesan menangani masalah buli yang berlaku di sekolah. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kualitatif. Dapatan mengena...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Rahimah Roslan
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2016
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1203
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengetahuan, kesedaran, dan kesediaan berhadapan isu buli, serta pandangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) mengenai langkah-langkah berkesan menangani masalah buli yang berlaku di sekolah. Reka bentuk kajian menggunakan kaedah kualitatif. Dapatan mengenai kesedaran buli diperolehi melalui temu bual dan disokong oleh data senarai semak. Seramai 10 orang GSTT yang mengikuti Program Diploma Pendidikan ambilan 2012/2013 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dipilih sebagai responden, manakala 50 orang GSTT sebagai responden senarai semak. Hasil kajian menunjukkan bahawa GSTT sememangnya sedar akan masalah buli yang berlaku di sekolah, namun pengetahuan tentang buli yang tidak mendalam menyebabkan mereka tidak yakin untuk berhadapan dengan masalah ini. Oleh itu mereka menyerahkan sepenuhnya tanggung jawab berhadapan dengan masalah buli kepada guru disiplin, guru kaunseling, dan pengetua sekolah. Hasil kajian juga mendapati GSTT mempunyai kesediaan untuk bekerjasama membanteras masalah buli di sekolah. Namun perlu diadakan program tertentu seperti ceramah, motivasi, dan kursus bagi menangani buli demi meningkatkan keyakinan dan kemahiran mereka berhadapan dengan masalah buli. Rumusannya kesedaran mengenai tingkah laku buli dalam kalangan GSTT perlu ditingkatkan kerana pengetahuan yang kurang menyebabkan GSTT tidak bersedia untuk berhadapan sendiri dengan masalah buli yang berlaku di sekolah.