Amalan kepimpinan distributif dalam kalangan pengetua dan hubungannya dengan kepuasan kerja guru di Selangor (IR)

Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap kesediaan amalan kepimpinan distributif pengetua dan hubunganya dengan tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah di Selangor, Malaysia. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti cabaran dalam melaksanakan distributif. Kajian ini menggunakan pende...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Zoolaiha Abd. Rahman
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1247
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Tujuan kajian ini ialah untuk mengenal pasti tahap kesediaan amalan kepimpinan distributif pengetua dan hubunganya dengan tahap kepuasan kerja guru di sekolah menengah di Selangor, Malaysia. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti cabaran dalam melaksanakan distributif. Kajian ini menggunakan pendekatan tinjauan dengan seramai 440 orang guru dari 40 buah sekolah menengah. Selain itu, untuk mentriangulasi dapatan kajian tinjauan, temu bual separa berstruktur telah dijalankan dengan enam orang pengetua. Dapatan kajian menunjukkan tahap kesediaan amalan kepimpinan distributif pengetua secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi. Kepimpinan distributif pengetua juga didapati mempunyai korelasi yang tinggi dengan kepuasan kerja guru khususnya dimensi amalan kepimpinan, budaya sekolah dan perkongsian tanggungjawab. Dimensi penetapan dan perkongsian misi, visi dan matlamat sekolah berada pada aras korelasi sederhana sahaja. Kajian ini menunjukkan pengetua perlu melengkapkan diri dengan kepimpinan distributif supaya dapat meningkatkan kepuasan kerja guru secara berkesan.