Kebolehan penulisan kanak-kanak berumur 6 hingga 9 tahun (IR)

Penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti kebolehan menulis kanak-kanak 6 hingga 9 tahun dalam Bahasa Malaysia berasaskan andaian/hipotesis bahawa kebolehan menulis memerlukan kebolehan dalam dua konstruk utama iaitu, penjanaan idea dan kemahiran bahasa. Penyelidikan ini dijalankan secara kuantitati...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Surayah Zaidon
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1251
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Penyelidikan ini bertujuan mengenal pasti kebolehan menulis kanak-kanak 6 hingga 9 tahun dalam Bahasa Malaysia berasaskan andaian/hipotesis bahawa kebolehan menulis memerlukan kebolehan dalam dua konstruk utama iaitu, penjanaan idea dan kemahiran bahasa. Penyelidikan ini dijalankan secara kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan, di mana kebolehan menulis kanak-kanak dikenal pasti berasaskan tugasan penulisan yang diberikan dan dianalisis menggunakan Rubrik Penilaian Penulisan Kanak-kanak (RPPK) yang dibina oleh penyelidik. Dua jenis tugasan penulisan, bergambar dan tidak bergambar diberikan kepada 320 orang kanak-kanak 6 hingga 9 tahun untuk menghasilkan penulisan. Setiap kohot umur terdiri daripada 160 orang kanak-kanak di mana 80 daripadanya menghasilkan penulisan menggunakan gambar, dan 80 lagi tidak menggunakan gambar. Rubrik yang dibina disahkan oleh pakar dan mempunyai kebolehpercayaan r >.75. Analisis dijalankan secara deskriptif dan inferensi menggunakan ujian Korelasi Spearman, ujian Kruskal-Wallis H dan ujian Mann-Whitney U. Dapatan kajian menunjukkan penjanaan idea dan kemahiran bahasa mempunyai hubungan yang kuat dan positif dalam penulisan kanak-kanak. Gambar dikenal pasti amat membantu penjanaan idea bagi kanak-kanak 6 tahun tetapi kurang berperanan dalam melonjakkan kebolehan penjanaan idea kanak-kanak 7, 8 dan 9 tahun. Kebolehan penulisan kanak-kanak didapati meningkat mengikut umur dalam tiga tahap; di mana kanak-kanak 6 tahun pada tahap paling rendah, 7 dan 8 tahun pada tahap sederhana, dan 9 tahun juga pada tahap sederhana, tetapi dengan min yang jauh lebih tinggi. Hasil penyelidikan berupaya menyumbang kepada pemurnian amalan pengajaran dan pembelajaran penulisan di prasekolah dan Tahap 1 sekolah rendah. Kajian ini mencadangkan kanak-kanak diberi pendedahan awal dalam penulisan sebaik mereka mula menguasai konsep asas cetakan.