Hubungan kecerdasan emosi dan tekanan kerja terhadap keberkesanan pengajaran pensyarah Politeknik serta peranan pengalaman kerja sebagai moderator (IR)

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi, tekanan kerja dan keberkesanan pengajaran dalam kalangan pensyarah politeknik. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh antara kecerdasan emosi dan tekanan kerja dengan keberkesanan pengajaran da...

Full description

Saved in:
Bibliographic Details
Main Author: Anas Tajudin
Format: thesis
Language:zsm
Published: 2015
Subjects:
Online Access:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1252
Tags: Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
Description
Summary:Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap kecerdasan emosi, tekanan kerja dan keberkesanan pengajaran dalam kalangan pensyarah politeknik. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti hubungan dan pengaruh antara kecerdasan emosi dan tekanan kerja dengan keberkesanan pengajaran dalam kalangan pensyarah politeknik. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan menentukan sama ada pengalaman kerja berfungsi sebagai pemboleh ubah moderator antara kecerdasan emosi dan tekanan kerja dengan keberkesanan pengajaran dalam kalangan pensyarah politeknik. Sejumlah 167 orang pensyarah lelaki dan 126 orang pensyarah perempuan telah dipilih menggunakan kaedah persampelan kelompok dari empat buah politeknik di Malaysia sebagai sampel kajian. Set soal selidik yang mengandungi lima item soalan tertutup dan 55 item berskala 4 likert telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Sebanyak enam hipotesis nol telah dibentuk bagi kajian ini. Untuk tujuan pengujian hipotesis, kaedah statistik Korelasi Pearson, analisis Regresi Linear dan analisis Regresi Pelbagai telah digunakan. Hasil kajian menunjukkan tahap kecerdasan emosi dan keberkesanan pengajaran pensyarah politeknik adalah tinggi manakala tahap tekanan kerja pensyarah politeknik adalah sederhana. Hasil kajian ini juga menunjukkan kecerdasan emosi memberi kesan positif dan mempengaruhi keberkesanan pengajaran pensyarah politeknik, manakala tekanan kerja memberi kesan negatif dan mempengaruhi keberkesanan pengajaran pensyarah politeknik. Hasil analisis regresi pelbagai mendapati pengalaman kerja berfungsi sebagai pemboleh ubah moderator separa antara kecerdasan emosi dan tekanan kerja terhadap keberkesanan pengajaran. Kajian ini memberi implikasi dari segi praktis dengan membuktikan bahawa kecerdasan emosi, tekanan kerja dan pengalaman kerja mempunyai pengaruh ke atas keberkesanan pengajaran dalam kalangan pensyarah politeknik. Berdasarkan hasil kajian ini, cadangan-cadangan bagi keberkesanan pengajaran dalam kalangan pensyarah politeknik dan cadangan untuk kajian lanjut telah dimuatkan sebagai refleksi dan rujukan untuk penyelidikan pada masa akan datang.