Penggunaan kaedah fonik dalam pengajaran kemahiran bacaan awal kanak-kanak prasekolah (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Kaedah Fonik dalam kemahiran bacaan awal bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Kaedah kuasi-eksperimental digunakan dalam kajian ini dengan setiap kumpulan rawatan dan kawalan masing-masing terdiri daripada 50 orang kanak-kana...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Sharipah Amalhayaty Syed Ahmad
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2015
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1258
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan penggunaan Kaedah Fonik dalam kemahiran bacaan awal bahasa Melayu dalam kalangan kanak-kanak prasekolah. Kaedah kuasi-eksperimental digunakan dalam kajian ini dengan setiap kumpulan rawatan dan kawalan masing-masing terdiri daripada 50 orang kanak-kanak prasekolah. Kumpulan rawatan menggunakan Kaedah Fonik manakala kumpulan kawalan menggunakan Kaedah Abjad. Dapatan kajian menunjukkan perbezaan skor min yang signifikan bagi pencapaian kemahiran mengeja perkataan dan kemahiran membaca ayat mudah bahasa Melayu bagi kumpulan rawatan. Penggunaan Kaedah Fonik sebagai kaedah pengajaran adalah sesuai digunakan untuk membantu kemahiran mengeja perkataan dan kemahiran membaca ayat mudah bahasa Melayu bagi kanak-kanak prasekolah dalam kajian ini. Kaedah Fonik memberi impak positif dan sesuai diguna pakai sebagai kaedah pilihan kepada kanak-kanak prasekolah dalam usaha meningkatkan kemahiran bacaan awal bahasa Melayu di kelas prasekolah.