Pembinaan modul Bio-I-think dan kesannya terhadap pencapaian serta kemahiran berfikir aras tinggi murid tingkatan empat (IR)
Kajian ini bertujuan untuk membina Modul BIO-i-THINK dan menilai kesannya terhadap pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid tingkatan empat. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah penyelidikan eksperimen kuasi dipilih bagi menjawab lapan persoalan kajian dan enam hipotesis. Tiga set...
Saved in:
Main Author: | |
---|---|
Format: | thesis |
Language: | zsm |
Published: |
2015
|
Subjects: | |
Online Access: | https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1259 |
Tags: |
Add Tag
No Tags, Be the first to tag this record!
|
Summary: | Kajian ini bertujuan untuk membina Modul BIO-i-THINK dan menilai kesannya terhadap pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid tingkatan empat. Pendekatan kuantitatif dengan kaedah penyelidikan eksperimen kuasi dipilih bagi menjawab lapan persoalan kajian dan enam hipotesis. Tiga set instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Modul BIO-i-THINK, soalan pencapaian dan soalan kemahiran berfikir aras tinggi (soalan CogAT) bagi mengukur pengajaran bertajuk Pembahagian sel dan Nutrisi. Seramai 30 orang murid dipilih secara rawak berkelompok sebagai responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul yang dibina adalah sangat sesuai dengan nilai kesahan 0.85. Tahap pencapaian berada pada tahap baik manakala tahap KBAT pula berada pada tahap sederhana. Kajian juga menunjukkan bahawa pencapaian menunjukkan ada hubungan yang signifikasi dengan KBAT. Kesimpulannya, Modul BIO-i-THINK ini dapat meningkatkan pencapaian dan KBAT murid. Implikasinya, Modul BIO-i-THINK ini boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk meningkatkan pengajaran dan pembelajaran tajuk Pembahagian sel dan Nutrisi. Teori-teori dan model yang digunakan dalam kerangka konseptual kajian boleh diaplikasi untuk pembinaan modul bagi tajuk-tajuk lain dalam subjek Biologi khususnya. |
---|