Faktor yang mempengaruhi amalan berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam (IR)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi amalan berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam. Kaedah kuantitatif digunakan dengan melibatkan 365 orang responden di daerah Kota Bharu Kelantan. Model regresi logistik diaplikasikan bagi tujuan mengetahui hubungan antara fak...

وصف كامل

محفوظ في:
التفاصيل البيبلوغرافية
المؤلف الرئيسي: Nor Aishah Ismail
التنسيق: thesis
اللغة:zsm
منشور في: 2015
الموضوعات:
الوصول للمادة أونلاين:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1272
الوسوم: إضافة وسم
لا توجد وسوم, كن أول من يضع وسما على هذه التسجيلة!
الوصف
الملخص:Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mempengaruhi amalan berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam. Kaedah kuantitatif digunakan dengan melibatkan 365 orang responden di daerah Kota Bharu Kelantan. Model regresi logistik diaplikasikan bagi tujuan mengetahui hubungan antara faktor dalaman iaitu faktor kepercayaan kepada agama, kerohanian dan kepuasan kebajikan, dan faktor luaran iaitu tingkat pendapatan, tahap pendidikan, status pekerjaan dan bilangan tanggungan dengan amalan berwakaf. Hasil analisis kajian menunjukkan bahawa kesemua pemboleh ubah tersebut mempunyai hubungan yang signifikan dengan amalan berwakaf. Faktor pendapatan pula dilihat sebagai penyumbang utama kepada amalan berwakaf. Implikasi kajian ini ialah pihak Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dapat mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi masyarakat berwakaf, seterusnya boleh merancang strategi bagi menarik minat masyarakat untuk mendalamiilmu wakaf serta menjadikan wakaf sebagai satu amalan dalam hidup mereka.