Elemen tanggungjawab menurut Ibnu Taymiyyah dan Immanuel Kant (IR)

Kajian ini membincangkan tanggungjawab manusia antara Ibnu Taymiyyah yang mewakili dunia Islam dan Immanuel Kant yang mewakili dunia Barat. Tanggungjawab dalam pemikiran Ibnu Taymiyyah adalah hasil daripada pandangan kritis terhadap pemikiran aliran-aliran sebelumnya iaitu al-Jabariyyah, Muktazilah...

全面介紹

Saved in:
書目詳細資料
主要作者: Muhammad Atiullah Othman
格式: thesis
語言:zsm
出版: 2015
主題:
在線閱讀:https://ir.upsi.edu.my/detailsg.php?det=1276
標簽: 添加標簽
沒有標簽, 成為第一個標記此記錄!
實物特徵
總結:Kajian ini membincangkan tanggungjawab manusia antara Ibnu Taymiyyah yang mewakili dunia Islam dan Immanuel Kant yang mewakili dunia Barat. Tanggungjawab dalam pemikiran Ibnu Taymiyyah adalah hasil daripada pandangan kritis terhadap pemikiran aliran-aliran sebelumnya iaitu al-Jabariyyah, Muktazilah dan al-Asha'irah. Manakala, tanggungjawab dalam pemikiran Immanuel Kant adalah melestarikan pandangan kritis terhadap pemikiran sebelumnya iaitu determinism incompatabilism (pemikiran fatalisme) dan indeterminism (menolak pemikiran fatalisme). Objektif pertama kajian ini adalah menjustiftkasi tanggungjawab manusia yang melibatkan kudrat, pengetahuan, kehendak dan perbuatan manusia. Objektif kedua adalah menjelaskan konsep dan elemen tanggungjawab dalam pemikiran Ibnu Taymiyyah dan Immanuel Kant. Objektif ketiga adalah membuat penilaian konsep dan elemen tangggungjawab dalam pemikiran kedua-duanya. Bagi mencapai objektif ini, metode kajian yang digunakan adalah analisis dokumen iaitu mengumpul datadata daripada karya-karya Ibnu Taymiyyah dan Immanuel Kant, dan turut menggunakan metode analisis yang terdiri daripada metode induktif, metode deduktif, metode komparatif dan metode pengkategorian. Hasil kajian mendapati bahawa Ibnu Taymiyyah menggunakan konsep al- Taklif dan Immanuel Kant menggunakan konsep duty bagi menjelaskan tanggungjawab manusia. Kedua-duanya menghubungkan tanggungjawab dengan elemen-elemen tanggungjawab iaitu perbuatan, kudrat atau kebebasan, pengetahuan dan kehendak bagi menjustifikasi tanggungjawab. Kajian ini juga mendapati bahawa Ibnu Taymiyyah lebih cenderung mengatakan perbuatan . menunjukkan kekuatan kehendak kerana bersandarkan nas syarak dan akal berbanding Immanuel Kant yang lebih cenderung mengatakan pengetahuan menunjukkan kekuatan kehendak kerana bersandarkan teori categorical imperative, dan penghormatan kepada undang-undang moral yang tidak terpisah daripada agama melalui konsep 'kebaikan tertinggi'.